Monday 24 December 2012

DOA SIAPA LEBIH TERMAKBUL?

X : Esok ada exam topik Chemical Bonding la. Gementar je rasa.

Y :  Hmmm.. takpe la. Kalau kau dah usaha, mesti kau boleh buat punye la.

X : Terima kasih. Aku yakin aku boleh buat sebab aku dah berdoa dan mintak kat Allah supaya aku         dapat grade yang baik.

Y : [DALAM HATI] Amin..


seminggu selepas peperiksaan ...

X : Yes. Aku dapat keputusan yang baik.  Aku dapat A+ untuk ujian topik Chemical Bonding minggu lepas. Ermm, kau lak dapat grade apa?

Y : Tahniah aku ucapkan. [SENYUM] Aku dapat C+ je. Hehe.

X : [TERPERANJAT] C+ je ? Agaknya kau ni tak cukup berdoa kot.

Y : Aku dah berdoa dah.

X : Betul ke ? Oh kalau macam tu doa kau tak termakbul la ye. Aku memang berdoa supaya aku dapat grade yang baik. Maknanya doa aku dah termakbul. [SERONOK]

Y : Ermm, sebenarnya doa aku dah termakbul pun. Alhamdulillah [SENYUM]

X : Eh ? Kau doakan kau dapat grade C+ je ke ?

Y : Tak. Sebenarnya aku doakan supaya kau dapat dapat jawab dengan baik exam minggu lepas dan dapat grade yang baik. Alhamdulillah, doa aku telah pun termakbul kan ? [SENYUM]

X :  Errr ... [TERHARU]


Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.
HR MUSLIM 

Mengapa Aku Diberikan Kesakitan ?

Kesakitan itu ...
Sungguh benar-benar menguji diriku ...
Tetapi kesakitan yang telah Kau berikan untukku ini banyak mengajar aku Ya Allah ...
Membuat aku lebih muhasabah dan bertafakur ...

Ya Allah...
Mungkin selama aku sihat aku tidak pandai menggunakan nikmat sihat itu..
Aku tidak pernah bersyukur
Dan tidak pernah mengucapkan Alhamdulillah semasa diberikan kesihatan olehMu Ya Allah...

Kini aku merasakan betapa indahnya nikmat sihat itu...
Andai aku diberikan nikmat sihat itu..
Akan aku menggunakan kudrat yang aku perolehi untuk membuat perkara yang lebih baik...

Tetapi kini aku terlantar kesakitan...
Hanya terbaring kaku di atas katil...
Untuk berdiri pun aku payah..
Membantu diriku pun sangat susah...
Apalagi mahu membantu insan lain...

Kini aku mengerti...
Seandainya Allah tidak memberi aku kesakitan ini...
Tidak akan pernah aku mesyukuri nikmat yang diberi olehNya...

Sesungguhnya kesakitan ini adalah 'teguran' untukku..
Dan juga penghapus dosa-dosa ku yang lepas..
Ya Allah banyak sekali dosa-dosa yang hambaMu lakukan selama ini...
Dosaku terhadapMu..
Dosaku terhadap manusia..

Mungkin semasa aku sihat aku tidak taat dan khusyuk beribadah kepadaMu...
Mungkin aku hanya melakukan ibadah secara lewa..
Terima kasih atas 'teguran' ini Ya Allah.

Mungkin semasa aku sihat aku banyak menyakiti orang-orang disekelilingku...
Aku banyak mengguris hati mereka..
Aku tidak peduli perihal mereka..
Ibu bapaku..
Guru-guruku..
Sahabat-sahabatku..
Mungkin aku tidak pernah mengambil berat akan mereka..

Kini di saat aku memerlukan mereka...
Mereka di sisi ku memberikan pertolongan..
Ibu bapaku yang mengambil berat akan diriku...
Sahabat-sahabatku yang sentiasa memberi sokongan kepadaku...
Mengapa aku tidak pernah terfikir untuk menghargai mereka selama ini?

Ya Allah..
Sesungguhnya kesakitan yang Kau berikan kepadaku ini mengandungi sejuta hikmah...
Seandainya aku nyatakan di sini pun tidak tercukup akan betapa banyaknya..
Walaupun seringkali aku meratap...
Mengapa aku diberi kesakitan..
Sesungguhnya hanya Kau yang lebih Mengerti apa yang terbaik untuk HambaMu..

Terima kasih atas kesakitan ini Ya Allah..
Dan kau jadikanlah aku seorang yang bersyukur akan nikmat yang telah kau berikan kepadaku..

Tidaklah seseorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.
(HR Bukhari & Muslim) 



Thursday 6 December 2012

Buying A New Car


When a person buys a new car, he always tries to keep it clean and safe from any type of damages. He will also drive very safely to avoid accidents, as he doesn't want a slight dent on his new car. Even if his own beloved child makes a small scratch on the car, he will become angry and tell the child to stay away from it the next time. What makes this person care for his car so much? It's because he has spent a lot of money and energy behind acquiring the car.



Today, not only one scratch, people are putting thousands of scratches on Islam from all sides. But how many Muslims care? Very few. Why don't they care? It's because they have not spent their health and wealth for the sake of Islam. As a result, the have no value for it. The companions of Rasulullah S.A.W. realized the value of Islam because they acquired Islam by sacrificing much of their energy and wealth.




Wednesday 5 December 2012

CAHAYA LIRIK : Warkah Cinta Berbau Syurga (Bahagian I)



Sebuah jiwa terbentang seluas sahara...
Tersimpan sejuta rasa cinta dan  kecewa...
Setiap untai kata yang termaktub sudah...
menjadi warkah cinta berbau syurga...

Sempadan batinku hampir terbelah...
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa...
Antara iman dan nafsu aku berjuang...
Meraih mahkota Cinta dari Syurga...

Biar beribu parut luka menghiris kalbu...
Hanya keikhlasan cinta penjadi penawar...
Sekali diriku terbuang dimata insan...
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini...

Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgaMu...
Bila saat aku pergi..
Biarlah cintaku tetap di situ...

Lirik oleh : A. Ubaidillah Alias
Lagu oleh : Bazli UNIC
Nyanyian oleh : Imam Muda Nazrul feat. UNIC

Assalamualaikum w.b.t,
Di atas merupakan lirik yang bagi penulis mempunyai makna yang cukup mendalam.
Di sini penulis ingin mengupas makna di sebalik lirik lagu di atas mengikiut fahaman penulis sendiri.


Sebuah jiwa terbentang seluas sahara...
Tersimpan sejuta rasa cinta dan  kecewa...
Setiap untai kata yang termaktub sudah...
menjadi warkah cinta berbau syurga...

Jiwa insani yang sangat meluas. Di dalam jiwalah letakkan segala perasaan yang hadir di dalam hati. Kadang-kadang seseorang akan berasa gembira yang membawa kepada rasa kecintaan. Secara analoginya, apabila  kita mendapat rumah baru iaitu banglo 3 tingkat, kita pasti akan rasa gembira dan pasti wujud rasa cinta terhadap rumah tersebut bukan? Pasti rumah itu akan dijaga dengan sebaiknya dan juga dihiasi dengan indahnya. Begitulah juga sebaliknya dengan perasaan yang penuh kekecewaan. Apabila kita begitu mengharapkan rumah banglo itu menjadi milik kita. tetapi kita mendapat tahu bahawa rumah tersebut tidak jadi untuk diberikan kepada kita, tentu kita akan berputih masa bukan?

Begitulah juga dengan jiwa insan yang penuh dengn rasa cinta dan kecewa. Sememangnya jiwa insan sangat luas seluas sahara. Tetapi apabila jiwa sesebuah insan tersebut dirawat dengan Zikirullah pasti jiwa itu akan tenang. Seperti firman Allah,

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrulllah". Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."

( Surah Al-Ra'ad : 28 ) 

Nampak bukan? Allah sendiri yang akan menjanjikan ketenangan hati bagi orang-orang yang berzikir kepadaNya. Subhanallah. Zikir itulah kata-kata yang indah, yang apabila dijadikan amalan, In Shaa Allah pasti syurga jaminannya. Sesungguhnya zikir itu adalah warkah cinta yang berbau syurga jika diamalkan dengan penuh keikhlasan.



Sempadan batinku hampir terbelah...
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa...
Antara iman dan nafsu aku berjuang...
Meraih mahkota Cinta dari Syurga...

Apabila kita telah meletakkan cinta Allah sebagai cinta kita yang teragung, pasti kita akan dapat membatasi cinta manusia. Apabila cinta Allah merupakan cinta yang tertinggi, pasti cinta akan berlandaskan penuh dengan keimanan dan membentengkan nafsu agar tidak menguasai diri untuk melakukan perkara-perkara yang dimurkaiNya. Letakkanlah cinta kita kepada apa-apa yang ada di dunia ini kerana Allah. Kerana semua yang ada di dunia ini adalah milikNya. Kita hanyalah pinjam segala yang ada di dunia ini.

"Allah berfirman, "pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung-mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku. "
(Hadis Qudsi)


"Tiga perkara yang barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang kerana Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakkan ke dalam api neraka."
(Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Jelaskan? Hadis-hadis diatas sangat menyedarkan kita bahawa cinta kepada Allah lah cinta yang Teragung. Apabila kita mencintai Allah melebihi segala yang ada di muka bumi ini, pasti kita takut untuk melakukan perkara-perkara yang dilarangNya dan sentiasa mentaati segala suruhanNya demi menggapai Syurga Allah. Persoalannya, adakah cinta Allah yang kita letakkan sebagai cinta kita yang Teragung? Bagaimana hendak meggapai Syurga Allah andai kita leka dengan perintahNya dan sering melakukan perkara yang dimurkaiNya?

*In Shaa Allah bersambung dibahagian yang kedua*




Friday 16 November 2012

CIK BEAH OSEM?



Cik Beah Osem.

Penulis sangat kagum dgn Cik Beah Osem ni. Hal ini kerana beliau menggunakan youtube sebagai medium untuk menyebarkan dakwah. 

Lihat sahaja video yang beliau hasilkan, sungguh seronok dan ada unsur kelucuan. Tetapi video yang beliau sampaikan banyak memberi pengajaran dan kata-kata nasihat untuk kita. 

Untuk membuat video lebih menarik, Cik Beah Osem menggunakan kartun yang comel dan latar muzik yang dapat menarik perhatian untuk kita menontonnya.

Apa yang mebuat penulis kagum dengan Cik Beam Osem ini ialah, dia sungguh bijak dan kreatif untuk menggunakan teknologi moden sebagai medium dakwah khususnya untuk golongan yang sedang berusaha memperbaiki diri mereka. Hal ini menunjukkan bahawa islam merupakan agama yang fleksibal yang menggalakkan umatnya mengguna apapun cara untuk meyebarkan dakwah. Jelaslah bahawa dakwah tidak semestinya dilakukan di masjid-masjid malahan kita boleh berdakwah di alam maya juga asalkan niat kita berdakwah adalah ikhlas kerana Allah Taala. 

Jujur penulis sendiri berasa terkesan dengan video-video yang disampaikan oleh Cik Beah Osem walaupun video-video beliau nampak seperti simple tetapi Alhamdulillah video-video beliau sebenarnya banyak memberi kesedaran kepada diri penulis yang masih berada di dalam kejahilan ini. 

Semoga dengan adanya video-video seperti ini dapat menarik minat golongan-golongan yang ingin melalukan perubahan dalam diri mereka. InsyaAllah :)



Thursday 15 November 2012

HIJRAHKAH KITA?

Alhmdulillah, dengan limpah dan rahmatNya kita masih diberi peluang untuk menyedut segar bumi Allah ini, masih dapat mengorak langkah mencari jejak muslim sejati dan yang paling penting kita masih dapat menikmati tahun-tahun hijrah yang membawa perubahan dalam diri kita. Muharam sudah menjelang menandakan tahun baru islam menjelang kemballi. Mari kita sama-sama mengimbau kembali kisah penghijrahan Rasulullah SAW

Keheningan malam penuh kesejukan, ketakutan, resah dan kegelisahan mengiringi perjalanan Rasulullah SAW bersama kaum Muhajirin meninggalkan kota penuh kegelapan menuju kota cahaya kebenaran. Bermulalah hijrah agung, dimana kepayahan, kesusahan dan pengorbanan insan tidak ternilai. Tanpa ditemani sanak saudara, tanpa dibekali harta, hanya diselimuti kepercayaan kepada janji RasulNya. Atas keyakinan dan iman yang teguh, rela menempuh dugaan dan rintangan demi menegakkan islam tercinta.

                       Hijrah itu pengorbanan...
                       Hijrah itu perjuangan...
                       Hijrah itu persaudaraan...
                       Hijrah memebntuk perpaduan...

Begitulah indahnya kata-kata yang kedengaran setiap kali menjelangnya Muharam.

Namun, berapa ramaikah antara kita yang memahami konsep hijrah yang sebenarnya?


Kita sering merenungi dan merasai peritnya perjalanan Hijrah kekasih Allah, namun tidak pernah terlintas untuk menyingkap hijrah dalam diri kita masing-masing.

Kita sibuk menanam keghairahan memperingati tahun bermulanya keagungan islam dalam diri orang lain, namun kita tidak menyemai benih hijrah dalam diri kita.

Kita percaya Nabi Muhammad Pesuruh Allah, tetapi kita masih tidak mengamalkan sunnah dan ajarannya.

Kita mengejarkan solat 5 waktu sehari semalam tetapi kita masih tidak dapat membendung diri dari melakukan maksiat.

Adakah kita telah memahami maksud sebenar hijrah andai konsep asas dalam islam sendiri pun kita tidak pernah mendalaminya?

Sinonim dengan namanya, hijrah dikaitkan dengan perpindahan dari kegelapan dan kejahilan kepada kebenaran.

Hijrah dalam diri adalah perubahan dari kemungkaran kepada kebaikan. walaupun tidak berlaku perubahan yang banyak dalam diri kita, namun hijrah yang dilakukan itu berupaya meletakkan kita sebagai insan yang menghijrahkan diri kepada cahaya kehidupan.

Semoga dengan memahami konsep sebenar hijrah, kita dapat membawa suatu perubahan yang baik dalam diri kita. InsyaAllah.

Al-baqarah:218

Saturday 10 November 2012

AN IMPORTANT LETTER



What happen when you receive an important letter from someone, do you put it away or immediately open it or read it? I belive, all of us would open the letter and read it. If you don't know how to read, you would find someone who could and let him read it out to you. In short, we would take the letter seriously as it contains important information.

On the other hand, how do we treat the Holy Quran, which is important message from Allah? Our future of  this world  and the hereafter is in knowing this message. But, do we read the Quran? May be only a few of us. Instead of reading, we cover the Quran with beautiful cloth and put in away on a high shelf. Would we do the same with the above mentioned important letter? Not at all. So it's time that we realize the value of the Quran and read it often to know the important message.

Saturday 3 November 2012

TANGAN DI ATAS LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN DI BAWAH



Daripada Abu Hurairah ra daripada Nabi SAW sabdanya:
Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkan keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya.
(riwayat Bukhari)


Huraian hadis :

#Orang yang suka memberi adalah lebih mulia dan disanjung oleh Islam daripada orang yang suka meminta-minta.


#Perbelanjaan hendaklah diutamakan kepada kaum keluarga yang di bawah tanggungan.

#Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang telah mencukupkan perbelanjaan untuk keluarganya.

# Perbelanjaan dan pemberian yang dikeluarkan oleh seseorang akan diganti semula oleh Allah.

# Islam menggalakkan umatnya supaya bersifat pemurah, bersabar atas kemiskinan dan merasa cukup dengan apa yang ada tanpa meminta kepada orang lain.

# Islam benci kepada orang yang suka meminta-minta. Allah akan memberi kekayaan kepada seseorang yang telah merasa cukup dengan apa yang ada padanya walaupun dia miskin.

# Sesiapa yang memohon pertolongan Allah untuk mendapatkan sesuatu pasti akan ditolong.

# Keluarga sendiri hendaklah didahulukan dan diutamakan dalam nafkah.

Saturday 20 October 2012

BERTENANG UNTUK CEMERLANG


          Secara psikologinya, orang yang gagal mencapai ketenangan dalam hidup, menunjukkan individu ini berada dalam situasi "manusia gagal".Hal ini disebabkan oleh mereka yang sukar untuk mencari ketenangan dalam diri mereka. Sesungguhnya bertenang itu amat tinggi nilainya.

          Pastinya bukan mudah untuk bertenang pada setiap masa terutama apabila kita berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengganggu fikiran kita mahupun masalah yang membuatkan kita menitis air mata. Tetapi ingatlah muslimin dan muslimat sekalian, apabila kita jadikan sabar sebagai penolong kita, nescaya hati kita akan sentiasa tenang kerana Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar. Seperti firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 46, "Dan taatilah kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah, maka itu akan menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar." Jadi cubalah untuk bertenang ketika berhadapan dalam situasi apapun sekalipun dalam situasi yang sukar kerana tenang itu sangat berharga dan merupakan perasaan yang sangat indah lebih-lebih lagi apabila kita mendapat ketenangan semasa mengingati Allah SWT.


          Kita perlu tahu dan akui bahawa apabila kita ingat Allah ketika susah, Allah akan memberi ketenagan kepada kita. Sebaliknya apabila kita melupakan Allah ketika kita senang, Allah akan mencabut ketenangan dalam hati kita. Sebaik-baiknya kita perlulah ingat kepada Allah ketika kita senang mahupun susah agar kita sentiasa diberikan ketengan olehNya.

          Oleh itu, wahai muslimin dan muslimat sekalian, jadikanlah ketenangan sebagai peribadimu kerana syaitan itu sangat bencikan orang yang tenang. Pada waktu-waktu yang penting menghampiri seperti peperiksaan, jadikanlah ketenangan sebagai rakan karibmu. InsyaAllah dipermudahkan kita untuk menjawab soalan dengan lancar dan baik dan dipermudahkan kita untuk mencapai kecemerlangan dalam diri kita. :)




Tuesday 16 October 2012

DOA PEPERIKSAAN



DOA SUPAYA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN DILAPANGKAN DADA KETIKA HENDAK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN.

" Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku."
(Surah Taha, ayat 25-28)



DOA APABILA BERDEPAN DENGAN KESUKARAN

" Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.



DOA AGAR MUDAH FAHAM, KUAT INGATAN DAN DIKURNIAKAN ILHAM KETIKA 
PEPERIKSAAN.

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir denganMU, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih."



DOA KETIKA HENDAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

" Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjukMU."



 DOA KETIKA BERASA SUKAR MENJAWAB PEPERIKSAAN

" Wahai Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku memohon pertolongan."



DOA SUPAYA DIPERMUDAHKAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN (sebelum mula menjawab soalan)

"Ya Allah, Tiada yang mudah kecuali Engkau menjadikannya mudah. Engkau menjadikan sesuatu kejayaan menjadi mudah apabila Engkau mengkehendaki. Ya Allah, sempurnakanlah segala kebaikan dengan rahmatMu, Wahai Tuhan Yang Amat Mengasihani."

Monday 15 October 2012

DOA BELAJAR



DOA MEMOHON AGAR DITAMBAH ILMU PENGETAHUAN

"Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."
(Surah Taha : 114)



DOA AGAR DIKURNIAKAN KEBIJAKSANAAN

"Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh, dan jadikanlah aku tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai syurga penuh kenikmatan. "
(Surah asy-syuara' : 23-25)



DOA MEMOHON KEJAYAAN

" Ya Allah, kami memohon daripadaMu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh."



DOA MENGULANGKAJI PELAJARAN

"Ya Allah, sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu."


DOA APABILA TERLUPA

"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa yang kulupa."


Wednesday 10 October 2012

TIPS KECANTIKAN BUAT KAUM HAWA



Anda ingin kelihatan lebih menarik dan cantik?

Apa kata serikan dengan MAKE-UP tradisional yang dianjurkan oleh Salun Keimanan Muslimat.

1. Jadikan GHADDUL BASHAR sebahagi hiasan mata, nescaya mata anda akan kelihatan lebih bening dan jernih buat selama-lamanya.

2. Oleskan LIPSTIK KEJUJURAN pada bibir, nescaya bibir anda akan kelihatan semakin manis dan memikat hati semua orang.

3. Gunakan PEMERAH PIPI dengan kosmetik diperbuat daripada rasa malu yang boleh didapati secara langsung di Salun Keimanan. Nescaya pipi anda akan kelihatan bersih dan suci.

4. Gunakan SABUN ISTIGHFAR yang amat mujarab bagi menghilangkan dosa dan kesalahan yang dilakukan. Nescaya anda akan kelihatan berseri.

5. Rawatilah rambut anda dengan JILBAB ISLAMI yang dapat mengelakkan pandangan ajnabi. Nescaya rambut anda akan kelihatan lebih bermaya dan menawan.

6. Hiasilah kedua tangamnu dengan GELANG TAWADHUK dan jari jemari dengan CINCIN  UKHUWAH. Nescaya tangan serta jari anda lebih manis dan cantik.

7. Kalungkan leher dengan KALUNG KESUCIAN. Nescaya anda akan kelihatan lebih berseri.

8. Baikilah wajah dengan AIR WUDHUK. Nescaya wajah anda akan lebih bercahaya dan anggun walaupun anda telah menggembara hingga akhirat.

CUBALAH! Semoga berpuas hati dengan hasilnya. InsyaAllah :)

Tuesday 9 October 2012

cerpen : KASIHNYA IBU



"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?"
Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan kepada bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dubuka selimut yang  menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan  tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun tergamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolaham menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. 
"Mereka kata saya cacat" katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk ayah kanak-kanak itu bertemu doktor.
"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan." kata si ayah. Pembedahan berjalan dengan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya bertambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, walaubagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga saya ini, saya ingin membalas jasanya" kata si anak berkali-kali. 
"Tak mungkin" balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. 
"Akan tiba masanya anakku." balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya." Si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah satu-satunya wanita yang paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapun kenalannya"


Monday 8 October 2012

TIPS MENGUATKAN INGATAN



1. Sentiasa berzikir dan mengingati Allah.

2. Banyakkan membaca dan menghafal Al-Quran.

3. Mengamalkan puasa sunat.

4. Banyakkan berdoa.

5. Senaman (sekurang-kurangnya 30 minit, 3 kali seminggu).

6. Tenangkan dan rehatkan minda dengan solat malam (tahajud), solat dhuha dan solat-solat sunat lain.

7. Tidur dengan cukup (tidur awal dan bangun awal pagi).

8. Bersikap positif dalam setiap aspek kehidupan.

9. Berbaik sangka dengan orang lain.

10. Kawal emosi, sentiasa tenang dan tidak mudah melatah atau marah.

11. Mengulangi setiap apa yang dibaca berkali-kali.

12. Banyakkan bergaul dengan orang bijak pandai dan alim ulama.

13. Banyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah sekurang-kurangnya seratus kali.

Thursday 27 September 2012

KELEBIHAN QIAMULLAIL



1. Dapat berbicara secara terus dengan Allah.

2. Menikmati keindahan alam dan berfikir betapa besarnya kekuasaan ilahi.

3. Dapat beribadat dalam keadaan tenang tanpa gangguan.

4. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan seorang hamba.

5. Mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

6. Meningkatkan perasaan kehambaan kepada Allah.

7. Dimakbulkan doa hamba yang meminta.

8. Meningkatkan darjat seseorang di sisi Allah.

9. Membuatkan kita lebih bertawakal kepada Allah.

10. Mendidik jiwa agar lebih bersyukur dengan nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh-Nya

11. Melatih diri untuk meningkatkan ibadah sunat.

12. Melatih diri agar sentiasa mengharapkan keredaan Allah.

13. Mendidik jiwa untuk melawan keinginan nafsu dan hasutan syaitan.

14. Memberi ketenangan jiwa dan menajamkan akal fikiran.

15. Meningkatkan kesihatan fizikal.

16. Melatih diri memiliki sikap takut dan berharap kepada Allah.

17. Dimurahkan rezeki.

18. Dilindungi Allah daripada perbuatan khianat sesama manusia.

19. Dihormati oleh masyarakat. Andainya dia seorang pemimpin, dia akan dihormati oleh pengikutnya.


Wednesday 26 September 2012

8 AMANAT SAYIDINA UMAR AL-KHATAB

1. Siapa yang menjaga percakapan dianugerahkan kepadanya hikmah.

2. Siapa yang menjaga penglihatan dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.

3. Siapa yang menjaga makanan dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.

4. Siapa yang bersabar menerima ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam syurga yang dia suka.

5. Siapa yang menjaga ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.

6. Siapa yang menjaga gurauan dianugerahkan kepadanya keelokkan atau kemuliaan.

7. Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya melihat kesalahan sendiri.

8. Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dihindari daripada sifat orang munafik.



Sunday 16 September 2012

LIDAH- Paling Merisaukan Nabi SAW

Rasulullah s.a.w memperingatkan, bahawa bahaya lidah adalah salah satu perkara yang paling merisaukan baginda. Ini kerana, semua amalam akan hilang jika lidah kita jahat. Sufian al-Tsaqafi pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.

Katanya,
"Wahai Rasulullah s.a.w, katakan kepadaku dengan satu perkara yang aku akan berpegang teguh dengannya"

Jawab baginda,
 "Katakanlah, Rabbku adalah Allah, lalu istiqamahlah."

Kata Sufian lagi, "Wahai Rasulullah, apakah yang paling tuan risaukan tentangku?"

Baginda memegang lidah baginda sendiri, lalu bersabda, "ini"

(Hadis Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Wednesday 29 August 2012

LA TAHZAN!



Kekuatan tidak akan datang sendiri.
kekuatan mesti dicari.

Bila hati resah,
Musahabahlah...

Bila ada yang menegur,
Bergembiralah...

Kerana itu tanda
Allah sayang pada kita...


Tatkala ada yang mengata,

Ucaplah Alhamdulillah..


Mungkin itu teguran langsung dari Allah.


LA TAHZAN!
Janganlah jatuh tidak berbangkit, bangunlah dan cukuplah kesalahan yang lepas, jangan diulang lagi


Sesungguhnya Allah sangat sayang akan hambanya dan sentiasa disisi hambaNya selama ia tetap bersabar =)


"Dan taatilah kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah, maka itu akan menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar."
(Surah Al-Anfal, ayat 46)







Saturday 4 August 2012

saat diriku MENANTI DI ALAM BARZAKH

Aku merintih...
aku menangis...
aku meratap...
aku mengharap...

Ku meminta dihidupkan semula...
agar dapat kembali ke dunia nyata...

Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara..
singgah dirahim bonda sebelum menjejak ke dunia..

Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar...
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya..

Tanah yang basah berwarna merah..
semerah mawar dan juga rindu...
tujuh langkah pun baru berlalu..
seusai talkin bernada syahdu...

Tenang dan damai dipusaraku...
nisan batu menjadi tugu...
namun tak siapa pun tahu
resah penantianku...

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian...
seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan...

Kehidupan di sini bukan satu khayalan..
tetapi ia sebenar kejadian...

Kehidupan di sini bukan satu khayalan..
tetapi ia sebenar kejadian...

Kembalilah roh kembali...
kembalilah ke dalam diri...
sendirian sendiri...
sendiri bertemankan sepi...

Hanya kain putih yang membaluti tubuhku...
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu...

Ajal yang datang di muka pintu...
tiada siapa yang memberitahu...
tiada siapa pun dapat hindari...
tiada siapa yang terkecuali...

Lemah jemari nafas terhenti...
tidak tergambar sakitnya mati...
cukup sekali tak sanggup untuk kumengulangi...

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang...
menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan...

Selama ini diceritakan...
kini aku merasa...
di alam barzakh jasad dikebumikan...

Selama ini diceritakan...
kini aku merasa...
di alam barzakh jasad dikebumikan...


aku merintih...
aku menangis...
aku meratap...
aku mengharap...

Ku meminta dihidupkan semula...
agar dapat kembali ke dunia nyata...






SOLAT KHUSYUK? BAGAIMANA YE?

1. JAGA PERMAKANAN
Jauhkan diri kita memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui.
Makanan merupakan faktor yang paling penting untuk mendidik jiwa.
Sunnah nabi, berhenti sebelum kenyang dan makan ketika lapar.
Bila kita makan banyak kita akan mengantuk dan menguatkan nafsu kita.
Dalam masa yang sama susah untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna.

2. WUDUKLAH DENGAN SEMPURNA
Wuduk yang baik akan membuatkan solat menjadi baik, menentukan solat itu diterima atau pun tidak ialah berasal dari wuduknya.

3. MULAKAN DENGAN ISTIGHFAR
Sebelum memulakan solat disunatkan kita membaca istighfar, tiga Kul (Surah An-Nas, Surah Al-Falak, Surah Al-Ikhlas.) Fadilat surah ini ialah untuk mencegah dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan manusia ketika solat.

4. IKHLASKAN HATI
Hadirkan diri ketika solat seolah-olah sedang berhadapan dengan Allah, rasa kehinaan kita kepada Allah, dan rasa taubat dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan. Diri kita akan merasa gerun dan takut akan segala seksaan Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.

5. HAYATI BACAAN
Ketika solat perlu kita mentadabbur makna bacaan kita dalam solat, untuk memelihara hati kita supaya ia khuyuk dalam solat. Jika tidak tahu mentadabbur makna bacaan dalam solat maka boleh kita membayangkan segala perkataan dalam solat kita.

6. SOLAT BERJEMAAH
Solat berjemaah mempunyai pahala yang beganda iaitu sebanyak 27 kali ganda berbanding dengan solat secara bersendirian. Solat berjemaah juga sukar untuk diganggu syaitan. Sesiapa yang solat berseorangan diibaratkan sepertimana kambing yang berpisah dari kumpulannya dan mudah untuk menjadi mangsa kepada serigala yang sentiasa mengintainya.


AMALAN YANG MENDAPAT AZAB KUBUR



1. Orang yang melalaikan solat 5 waktu sehari semalam

2. Membaca Al-Quran namun melupakannya atau tidak beriman dengan isi kandungannya.

3. Tidak bersuci setelah membuang hadas kecil.

4. Berkata dusta dalam setiap percakapan.

5. Tidak menunaikan syarat sedangkan cukup syarat-syaratnya.

6. Menunaikan kehidupan dengan cara bertabarruj (berlebih-lebihan), bermegah, riak dan sombong.

7. Makan riba dan rasuah.

8. Dosa memfitnah.

9. Tidak berlaku amanah.

10. Enggan menolong ssesama Muslim ketika dizalimi.

11. Minum arak.

12. Membunuh.

13. Berzina.

ISTIMEWA UNTUKMU MUSLIMAH :)

Oh muslimah, berbahagialah...
kau telah dilahirkanNya dengan mulia...

SubhanAllah,
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu,
rendah hati..

Oh muslimah,
busanamu menutup rapi,
auratmu kau lindungi,
dengan indahnya...

Oh muslimah,
kau pandai mengaji,
islam kau jadikan, ikutan sejati

SubhanAllah,
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu,
rendah hati..

Oh muslimah,
Memandangmu menyejuk hati,
menundukkan nafsu, hati yang goyah...

Keayuaan wanita solehah
indah peribadi,
tulus hatinya...

Oh muslimah,
kecantikan yang sebenar,
pada tutur kata penuh berhikmah..

Mempertahan kehormatan dirimu,
dengan pakaian..
mentaati Allah...

Oh muslimah,
kau masuk ke syurga,
solat lima waktu dan berpuasa,
menundukkan pandangan matamu,
mentaati suami yang tercinta...


Oh muslimah,
busanamu menutup rapi,
auratmu kau lindungi,
dengan indahnya...


Oh muslimah,
kau pandai mengaji,
islam kau jadikan, ikutan sejati






Thursday 2 August 2012

10 SEBAB DOA TERHIJAB

1. Kamu mengenali Allah tapi kamu tidak menunaikan hak-Nya (perintah-Nya)

2. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

3. Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tetapi kamu menurut hasutannya.

4. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunahnya.

5. Kamu  mendakwa kamu mencintai syurga, tetapi kamu tidak berusaha mendapatkannya.

6. Kamu mendakwa membenci neraka, tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

7.  Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untukknya.

8. Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tetapi kamu lupa dengan keaiban diri sendiri.

9. Kamu makan rezeki Allah tetapi kamu lupa untuk mensyukurinya.

10. Kamu mengebumikan jenazah saudaramu, tetapi kamu lupa mengambil iktibar daripadanya.

Wednesday 1 August 2012

INFO ISLAM

1. Masjid Yang Pertama di Dunia
Tapak masjid yang pertama didunia dibina semasa zaman Nabi Ibrahim A.S. iaitu Masjidil Haram.
Manakala tapak masjid yang kedua ialah Masjid Al-Aqsa.

2. Nama Yang Paling Banyak Diguna di Dunia
Nama yang paling banyak diguna di dunia adalah "Muhammad".

3. Satu-satunya di Benua Eropah
Albania merupakan satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama islam.

4. Perkataan Berasal daripada Bahasa Arab
Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony dan Alcohol.

5. Kata-kata Akhir Nabi Muhammad SAW
"Ummati... ummati.. ummati... (umatku... umatku... umatku)

6. Penambahan Penduduk Islam
Pemeluk isalm bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah pemduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Perkara Dilakukan Oleh Rasulullah SAW
Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

8. Contoh dari Ratusan Cendiakiawan
Al-Khawarizmi (matematik)
Jabir Ibn Hayyan (kimia)
Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah)
Ibnu Sina (kedoktoran)
Ar Razi (kedoktoran)
Al Biruni (fizik)
Ibnu Batutah (antropologi)

9. Kelahiran Anak Lelaki Nabi Muhammad
Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim, meninggal lebih kurang pada usia dua tahun. Ramai para ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

10. Kisah Musa dan Maryam
Musa As adalah nama yang sering disebut dalam Al-Quran. Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

INFO SIHAT : Kebaikan Mandi Sebelum Subuh





1. Kulit lebih lembut dan halus

Kepada yang memiliki lingkaran hitam di bawah mata, dengan menggunakan air sejuk semasa mandi sebelum subuh, lingkaran hitam ini dapat dikurangkan.
Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak.
Kulit pula akan menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah lancar, tubuh badan akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. 
InsyaAllah aktiviti seharian juga dapat dilakukan tanpa rasa letih.


3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi sebelum subuh. 
Ia dapat meningkatkan hormon testeron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Kepada yang memiliki penyakit darah tinggi, mandi sebelum sebuh dapat mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. InsyaAllah jika ia diamalkan selalu, penyakit ini dapat dipulihkan.

5. Mengurankan tekanan
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring semasa tidur.
Kepada yang memiliki depresi, mandi sebelum subuh adalah cara yang terbaik untuk menghilangkan masalah depresi.




6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan.
Apabila sel darah putih banyak, daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. 
Ini dapat mengelakkan daripada dijangkiti sebarang penyakit.

Saturday 21 April 2012

APA GUNA ?

Apa guna jadi lelaki KACAK
kalau baca Quran pun merangkak-rangkak

Apa guna jadi perempuan CANTIK
kalau pukul 12.00 t.hari pun tak celik-celik

Apa guna umur BESAR PANJANG
kalau asas Fardhu Ain pun lintang pukang

Apa guna Allah bagi HIDAYAH
kalau nak solat pun sikit punya payah

Apa guna jadi MANUSIA
kalau umur Allah bagi kita SIA-SIA

TIPU DAYA DAN BISIKAN HALUS SYAITAN DALAM USAHA BAIK KITA



Saat anda membawa Al-Quran,
syaitan biasa saja.

Saat anda membukanya,
syaitan mula curiga.

Saat anda membacanya,
syaitan resah dan gelisah.

Saat anda memahaminya,
syaitan menjadi kejang,

Saat anda mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian,
syaitan menghadapi stroke.

Saat anda ingin menyebarkan pesanan ini,
syaitan pun mencegahnya, syaitan kata "jangan sebarkan"  kerana ia tidak penting langsung!

p/s: Apakah tindakan anda seterusnya? :)

Friday 20 April 2012

CARA BERBARING PENGHUNI NERAKA



Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, " Suatu hari Nabi s.a.w. sedang berjalan melewatiku. Ketika itu aku tidur secara meniarap. Maka baginda membangunkan aku menggunakan kakinya, dan berkata, " Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka."
( HR. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata ; Rasulullah s.a.w. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap), maka baginda berkata, "Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah"
(HR. Tirmizi)

SURAH BACAAN KETIKA MENGANDUNG

Surah Al-Fatihah 
Untuk terang hati dan kuat ingatan.

Suran Maryam 
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman 
Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Yusuf 
Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak.

Surah Al-Hujurat 
Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yasin
Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Al-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah Al-Nahl 
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

# 1 Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

# 2 Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

# 3 Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

# 4 Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)

# 5 Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

# 6 Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

# 7 Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

# 8 Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

# 9 Orang yang membelanjakan harta (infaq).

# 10 Orang yang makan sahur.

# 11 Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Thursday 19 April 2012

BILA PEREMPUAN YANG TAK TUTUP AURAT MULA TUTUP AURATNYA DENGAN SEMPURNA?

Adik : Abang tahu tak bila perempuan yang TAK SUKA TUTUP AURAT mula menutup auratnya dengan sempurna?

Abang : Masa haji kot adik?

Adik : Salah. Cuba teka lagi.

Abang : Masa kahwin?

Adik : Salah jugak, teka la lagi.

Abang : Apa dia dik, abang tak tahu la.

Adik : Tadi ustazah cakap kat sekolah, perempuan yang tak suka menutup auratnya akan menutup auratnya dengan sempurna apabila dia DIKAFANKAN. Maka akan TUTUP BUAT SELAMA-LAMANYA.

P/S :  Pakai tudung tak wajib tapi tutup aurat tu wajib bagi semua wanita islam. :)

LELAKI NON MUSLIM : "KENAPA WANITA MUSLIM MENUTUP AURAT?"

Lelaki non muslim : Kenapa wanita muslim menutup aurat?

Lelaki muslim tersenyum sambil mengeluarkan 2 biji gula-gula di dalam koceknya, lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya kemudian dia melemparkan kedua gula-gula itu ke atas lantai, lalu bertanya kepada lelaki non muslim: "Antara kedua-duanya, mana satu kamu akan pilih?"

Lelaki non muslim : "Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan."

Lelaki muslim : "Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa. "

p/s : Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah :)


JIKA RINDUKAN SESEORANG, PEJAMKANLAH MATA DAN UCAPKANLAH ...



" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah, Jauhkanlah aku dari perkara yang membuat aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku... tetapi 'JARAK' ini untuk MENJAGA aku dan dia...

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik...

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi...

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya...

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi...

Dan dengan 'JARAK' ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredai ... "

Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.

Wednesday 18 April 2012

VIDEO : BEST FRIEND TILL JANNAH :)

Assalamualaikum w.b.t, 

Video ini ana dapat dari youtube. Terima kasih kepada kerana telah  upload  video ini untuk ana kongsikan kepada kita semua. Semoga video ini dapat dijadikan iktibar untuk kita dan dapat membuka mata hati kita untuk memiih rakan baik yang dapat membawa kita ke syurga. InsyaAllah :)






Apabila sahabat menemani, syurga itu makin indah. Apabila bersahabat kerana Allah, syurga itu mengiringi langkah.

"Dan perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual minyak wangi. Kalaupun dia tidak memberikan minyak wanginya, setidaknya kita mendapatkan aromanya yang semerbak. Sementara perumpamaan teman yang jahat, tak ubahnya seperti tukang besi. Kalaupun kita tidak terkena asap hitamnya, setidaknya kita akan mencium bau busuk dari tungkunya."

Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Al-Adab (4191).

Wednesday 11 April 2012

ADAB KETIKA BERHADAPAN DENGAN MASALAH


Assalamualaikum w.b.t,
Manusia sememangnya tidak dapat lari dari masalah. Ada yang menjadikan masalah sebagai beban dalam hidup mereka dan ada pula yang cuba mencari solusi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka. Tetapi, sebagai insan yang bertakwa, kita haruslah reda dengan masalah kita kerana Allah sentiasa menguji kita sebagai tanda sayangNya kepada kita. Berikut merupakan adab-adab ketika berhadapan dengan masalah. Semoga tips-tips di bawah ini dapat membantu kta. InsyaAllah :)


#1 BERISTIGHFAR

Pertama sekali, kita perlu beristighfar kepada Allah dengan mengucapkan "innalillahi wainnailahi raji'un".
Ayat pertama yang keluar dari mulut anda ini mampu membuatkan anda tenang seketika dan ingat pada Yang Esa akan ujian yang diterima.


#2 SIASAT TERLEBIH DAHULU

Apabila masalah anda melibatkan orang ketiga, maka sebaik-baiknya anda perlu menyiasat terlebih dahulu kebenaran berita tersebut. Sifat manusia ada yang baik dan ada yang jahat. Anda jangan mudah tertipu dengan sebarang maklumat yang disampaikan tanpa anda sendiri melihat perkara tersebut.


#3 BERFIKIRAN POSITIF

Jangan sesekali merasakan masalah tersebut sebagai bebanan yang sangat berat. Fikiran anda perlu sentiasa
positif dengan memikirkan bahawa ia adalah tanda kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Tanpa dugaan, hidup anda tidak mencabar dan kurang pengalaman hidup.



#4 SABAR DAN TABAH
  
Memang dugaan yang diterima agak berat, tetapi kesabaran dan ketabahan itu adalah kunci untuk anda berjaya. Apabila sifat mahmudah ini ditanamkan dalam diri anda, pasti anda tidak akan merungut lagi pada masa akan datang apabila ditimpa sebarang musibah.


#5 REDA

Akhir sekali, anda perlu reda dan pasrah dengan ujian yang diberikan. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apabila anda menerima takdir Allah, dengan izin-Nya anda akan diberikan pahala yang berlipat kali ganda. Jika bertuah, anda mungkin akan menerima berita kegembiraan yang lain selepas itu.


P/S: Semoga tips-tips di atas berguna untuk kita yang sedang menghadapi masalah.Ingatlah, bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. InsyaAllah :)


SOALAN-SOALAN DARI MUNGKAR DAN NAKIR



 Siapakah TUHAN Kamu?


 Siapakah Nabi Kamu?

 Apakah Agama Kamu?

 Apakah Kiblat Kamu?

 Apakah pegangan iktikad kamu?

Siapakah saudara-saudara kamu?

Wahai saudaraku,jawablah soalan tersebut dengan yakin dan tenang bahawasanya :

ALLAH SWT TUHANku 


MUHAMMAD SAW Nabiku

ISLAM Agamaku 

BAITULLAH kiblatku 

Kitab suci AL-QURAN ikutanku 

MEREKA yang BERIMAN semuanya saudaraku 

Pertanyaan di atas hanya gambaran saja. Kita tidak tahu bagaimana format pertanyaan sebenarnya dan apakah akan ada tambahan pertanyaan atau tidak. Hanya ALLAH SWT YANG MAHA TAHU.

Bagi yang boleh menjawab pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir akan mendapat kelapangan kubur dan kemudahan selama menunggu kiamat untuk dibangkitkan di padang mahsyar.

Jika tidak boleh menjawab maka selama menanti hari kiamat akan mendapatkan siksaan yang pedih di alam kubur.

Yang jelas, kita sebagai hamba ALLAH SWT harus terus menjaga serta meningkatkan keimanan dan  ketakwaan kita selama kita hidup di dunia.

 Jangan sampai salah melangkah sehingga membinasa akibatnya. 

Kita harus berpedoman kepada AL QURAN DAN AS SUNNAH Nabi Muhammad SAW. Di samping tetap menjaga hubungan baik dengan sesama kaum muslim serta kepada orang-orang yang bukan muslim.

Semoga kita termasuk yang mendapatkan kemudahan setelah kita mendapatkan kematian.

AAMIIN
 



AYAT-AYAT CINTA DARI AL-QURAN ♥




“Dan apabila kamu menghitung ni’mat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menghitungnya” 

(Q.S. Ibrahim: 34) 


“Apabila kamu bersyukur niscaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku, dan apabila kamu kufur maka adzab-Ku sangat pedih” 
(Q.S. Ibrahim:7) 


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri” 
(Q.S. Ar-Ra’d:11) 


“Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui “ 
(Q.S. Al-Baqarah:216) 


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” 
(Q.S. Al-Imran: 139) 


Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan orang-orang yang kufur.” 
(Q.S. Yusuf: 87) 


“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 
(Q.S. Al-Baqarah: 286) 


“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” 
(Q.S. Al-Insyirah: 5-6) 


“Barang siapa bertakwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rizki dari jalan yang tidak ia sangka, dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendak-Nya, Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya” 
(Q.S. Ath-Thalaq: 2-3) 


“Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (yaitu) yang apabila mereka tertimpa musibah mereka mengatakan “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali” 
(Q.S. Al-Baqarah: 155-156)