Monday 24 December 2012

DOA SIAPA LEBIH TERMAKBUL?

X : Esok ada exam topik Chemical Bonding la. Gementar je rasa.

Y :  Hmmm.. takpe la. Kalau kau dah usaha, mesti kau boleh buat punye la.

X : Terima kasih. Aku yakin aku boleh buat sebab aku dah berdoa dan mintak kat Allah supaya aku         dapat grade yang baik.

Y : [DALAM HATI] Amin..


seminggu selepas peperiksaan ...

X : Yes. Aku dapat keputusan yang baik.  Aku dapat A+ untuk ujian topik Chemical Bonding minggu lepas. Ermm, kau lak dapat grade apa?

Y : Tahniah aku ucapkan. [SENYUM] Aku dapat C+ je. Hehe.

X : [TERPERANJAT] C+ je ? Agaknya kau ni tak cukup berdoa kot.

Y : Aku dah berdoa dah.

X : Betul ke ? Oh kalau macam tu doa kau tak termakbul la ye. Aku memang berdoa supaya aku dapat grade yang baik. Maknanya doa aku dah termakbul. [SERONOK]

Y : Ermm, sebenarnya doa aku dah termakbul pun. Alhamdulillah [SENYUM]

X : Eh ? Kau doakan kau dapat grade C+ je ke ?

Y : Tak. Sebenarnya aku doakan supaya kau dapat dapat jawab dengan baik exam minggu lepas dan dapat grade yang baik. Alhamdulillah, doa aku telah pun termakbul kan ? [SENYUM]

X :  Errr ... [TERHARU]


Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.
HR MUSLIM 

Mengapa Aku Diberikan Kesakitan ?

Kesakitan itu ...
Sungguh benar-benar menguji diriku ...
Tetapi kesakitan yang telah Kau berikan untukku ini banyak mengajar aku Ya Allah ...
Membuat aku lebih muhasabah dan bertafakur ...

Ya Allah...
Mungkin selama aku sihat aku tidak pandai menggunakan nikmat sihat itu..
Aku tidak pernah bersyukur
Dan tidak pernah mengucapkan Alhamdulillah semasa diberikan kesihatan olehMu Ya Allah...

Kini aku merasakan betapa indahnya nikmat sihat itu...
Andai aku diberikan nikmat sihat itu..
Akan aku menggunakan kudrat yang aku perolehi untuk membuat perkara yang lebih baik...

Tetapi kini aku terlantar kesakitan...
Hanya terbaring kaku di atas katil...
Untuk berdiri pun aku payah..
Membantu diriku pun sangat susah...
Apalagi mahu membantu insan lain...

Kini aku mengerti...
Seandainya Allah tidak memberi aku kesakitan ini...
Tidak akan pernah aku mesyukuri nikmat yang diberi olehNya...

Sesungguhnya kesakitan ini adalah 'teguran' untukku..
Dan juga penghapus dosa-dosa ku yang lepas..
Ya Allah banyak sekali dosa-dosa yang hambaMu lakukan selama ini...
Dosaku terhadapMu..
Dosaku terhadap manusia..

Mungkin semasa aku sihat aku tidak taat dan khusyuk beribadah kepadaMu...
Mungkin aku hanya melakukan ibadah secara lewa..
Terima kasih atas 'teguran' ini Ya Allah.

Mungkin semasa aku sihat aku banyak menyakiti orang-orang disekelilingku...
Aku banyak mengguris hati mereka..
Aku tidak peduli perihal mereka..
Ibu bapaku..
Guru-guruku..
Sahabat-sahabatku..
Mungkin aku tidak pernah mengambil berat akan mereka..

Kini di saat aku memerlukan mereka...
Mereka di sisi ku memberikan pertolongan..
Ibu bapaku yang mengambil berat akan diriku...
Sahabat-sahabatku yang sentiasa memberi sokongan kepadaku...
Mengapa aku tidak pernah terfikir untuk menghargai mereka selama ini?

Ya Allah..
Sesungguhnya kesakitan yang Kau berikan kepadaku ini mengandungi sejuta hikmah...
Seandainya aku nyatakan di sini pun tidak tercukup akan betapa banyaknya..
Walaupun seringkali aku meratap...
Mengapa aku diberi kesakitan..
Sesungguhnya hanya Kau yang lebih Mengerti apa yang terbaik untuk HambaMu..

Terima kasih atas kesakitan ini Ya Allah..
Dan kau jadikanlah aku seorang yang bersyukur akan nikmat yang telah kau berikan kepadaku..

Tidaklah seseorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.
(HR Bukhari & Muslim) 



Thursday 6 December 2012

Buying A New Car


When a person buys a new car, he always tries to keep it clean and safe from any type of damages. He will also drive very safely to avoid accidents, as he doesn't want a slight dent on his new car. Even if his own beloved child makes a small scratch on the car, he will become angry and tell the child to stay away from it the next time. What makes this person care for his car so much? It's because he has spent a lot of money and energy behind acquiring the car.



Today, not only one scratch, people are putting thousands of scratches on Islam from all sides. But how many Muslims care? Very few. Why don't they care? It's because they have not spent their health and wealth for the sake of Islam. As a result, the have no value for it. The companions of Rasulullah S.A.W. realized the value of Islam because they acquired Islam by sacrificing much of their energy and wealth.




Wednesday 5 December 2012

CAHAYA LIRIK : Warkah Cinta Berbau Syurga (Bahagian I)



Sebuah jiwa terbentang seluas sahara...
Tersimpan sejuta rasa cinta dan  kecewa...
Setiap untai kata yang termaktub sudah...
menjadi warkah cinta berbau syurga...

Sempadan batinku hampir terbelah...
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa...
Antara iman dan nafsu aku berjuang...
Meraih mahkota Cinta dari Syurga...

Biar beribu parut luka menghiris kalbu...
Hanya keikhlasan cinta penjadi penawar...
Sekali diriku terbuang dimata insan...
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini...

Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgaMu...
Bila saat aku pergi..
Biarlah cintaku tetap di situ...

Lirik oleh : A. Ubaidillah Alias
Lagu oleh : Bazli UNIC
Nyanyian oleh : Imam Muda Nazrul feat. UNIC

Assalamualaikum w.b.t,
Di atas merupakan lirik yang bagi penulis mempunyai makna yang cukup mendalam.
Di sini penulis ingin mengupas makna di sebalik lirik lagu di atas mengikiut fahaman penulis sendiri.


Sebuah jiwa terbentang seluas sahara...
Tersimpan sejuta rasa cinta dan  kecewa...
Setiap untai kata yang termaktub sudah...
menjadi warkah cinta berbau syurga...

Jiwa insani yang sangat meluas. Di dalam jiwalah letakkan segala perasaan yang hadir di dalam hati. Kadang-kadang seseorang akan berasa gembira yang membawa kepada rasa kecintaan. Secara analoginya, apabila  kita mendapat rumah baru iaitu banglo 3 tingkat, kita pasti akan rasa gembira dan pasti wujud rasa cinta terhadap rumah tersebut bukan? Pasti rumah itu akan dijaga dengan sebaiknya dan juga dihiasi dengan indahnya. Begitulah juga sebaliknya dengan perasaan yang penuh kekecewaan. Apabila kita begitu mengharapkan rumah banglo itu menjadi milik kita. tetapi kita mendapat tahu bahawa rumah tersebut tidak jadi untuk diberikan kepada kita, tentu kita akan berputih masa bukan?

Begitulah juga dengan jiwa insan yang penuh dengn rasa cinta dan kecewa. Sememangnya jiwa insan sangat luas seluas sahara. Tetapi apabila jiwa sesebuah insan tersebut dirawat dengan Zikirullah pasti jiwa itu akan tenang. Seperti firman Allah,

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrulllah". Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."

( Surah Al-Ra'ad : 28 ) 

Nampak bukan? Allah sendiri yang akan menjanjikan ketenangan hati bagi orang-orang yang berzikir kepadaNya. Subhanallah. Zikir itulah kata-kata yang indah, yang apabila dijadikan amalan, In Shaa Allah pasti syurga jaminannya. Sesungguhnya zikir itu adalah warkah cinta yang berbau syurga jika diamalkan dengan penuh keikhlasan.



Sempadan batinku hampir terbelah...
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa...
Antara iman dan nafsu aku berjuang...
Meraih mahkota Cinta dari Syurga...

Apabila kita telah meletakkan cinta Allah sebagai cinta kita yang teragung, pasti kita akan dapat membatasi cinta manusia. Apabila cinta Allah merupakan cinta yang tertinggi, pasti cinta akan berlandaskan penuh dengan keimanan dan membentengkan nafsu agar tidak menguasai diri untuk melakukan perkara-perkara yang dimurkaiNya. Letakkanlah cinta kita kepada apa-apa yang ada di dunia ini kerana Allah. Kerana semua yang ada di dunia ini adalah milikNya. Kita hanyalah pinjam segala yang ada di dunia ini.

"Allah berfirman, "pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung-mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku. "
(Hadis Qudsi)


"Tiga perkara yang barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang kerana Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakkan ke dalam api neraka."
(Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Jelaskan? Hadis-hadis diatas sangat menyedarkan kita bahawa cinta kepada Allah lah cinta yang Teragung. Apabila kita mencintai Allah melebihi segala yang ada di muka bumi ini, pasti kita takut untuk melakukan perkara-perkara yang dilarangNya dan sentiasa mentaati segala suruhanNya demi menggapai Syurga Allah. Persoalannya, adakah cinta Allah yang kita letakkan sebagai cinta kita yang Teragung? Bagaimana hendak meggapai Syurga Allah andai kita leka dengan perintahNya dan sering melakukan perkara yang dimurkaiNya?

*In Shaa Allah bersambung dibahagian yang kedua*