Saturday 20 October 2012

BERTENANG UNTUK CEMERLANG


          Secara psikologinya, orang yang gagal mencapai ketenangan dalam hidup, menunjukkan individu ini berada dalam situasi "manusia gagal".Hal ini disebabkan oleh mereka yang sukar untuk mencari ketenangan dalam diri mereka. Sesungguhnya bertenang itu amat tinggi nilainya.

          Pastinya bukan mudah untuk bertenang pada setiap masa terutama apabila kita berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengganggu fikiran kita mahupun masalah yang membuatkan kita menitis air mata. Tetapi ingatlah muslimin dan muslimat sekalian, apabila kita jadikan sabar sebagai penolong kita, nescaya hati kita akan sentiasa tenang kerana Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar. Seperti firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 46, "Dan taatilah kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah, maka itu akan menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar." Jadi cubalah untuk bertenang ketika berhadapan dalam situasi apapun sekalipun dalam situasi yang sukar kerana tenang itu sangat berharga dan merupakan perasaan yang sangat indah lebih-lebih lagi apabila kita mendapat ketenangan semasa mengingati Allah SWT.


          Kita perlu tahu dan akui bahawa apabila kita ingat Allah ketika susah, Allah akan memberi ketenagan kepada kita. Sebaliknya apabila kita melupakan Allah ketika kita senang, Allah akan mencabut ketenangan dalam hati kita. Sebaik-baiknya kita perlulah ingat kepada Allah ketika kita senang mahupun susah agar kita sentiasa diberikan ketengan olehNya.

          Oleh itu, wahai muslimin dan muslimat sekalian, jadikanlah ketenangan sebagai peribadimu kerana syaitan itu sangat bencikan orang yang tenang. Pada waktu-waktu yang penting menghampiri seperti peperiksaan, jadikanlah ketenangan sebagai rakan karibmu. InsyaAllah dipermudahkan kita untuk menjawab soalan dengan lancar dan baik dan dipermudahkan kita untuk mencapai kecemerlangan dalam diri kita. :)




Tuesday 16 October 2012

DOA PEPERIKSAAN



DOA SUPAYA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN DILAPANGKAN DADA KETIKA HENDAK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN.

" Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku."
(Surah Taha, ayat 25-28)



DOA APABILA BERDEPAN DENGAN KESUKARAN

" Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.



DOA AGAR MUDAH FAHAM, KUAT INGATAN DAN DIKURNIAKAN ILHAM KETIKA 
PEPERIKSAAN.

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir denganMU, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih."



DOA KETIKA HENDAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

" Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjukMU."



 DOA KETIKA BERASA SUKAR MENJAWAB PEPERIKSAAN

" Wahai Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku memohon pertolongan."



DOA SUPAYA DIPERMUDAHKAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN (sebelum mula menjawab soalan)

"Ya Allah, Tiada yang mudah kecuali Engkau menjadikannya mudah. Engkau menjadikan sesuatu kejayaan menjadi mudah apabila Engkau mengkehendaki. Ya Allah, sempurnakanlah segala kebaikan dengan rahmatMu, Wahai Tuhan Yang Amat Mengasihani."

Monday 15 October 2012

DOA BELAJAR



DOA MEMOHON AGAR DITAMBAH ILMU PENGETAHUAN

"Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."
(Surah Taha : 114)



DOA AGAR DIKURNIAKAN KEBIJAKSANAAN

"Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh, dan jadikanlah aku tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai syurga penuh kenikmatan. "
(Surah asy-syuara' : 23-25)



DOA MEMOHON KEJAYAAN

" Ya Allah, kami memohon daripadaMu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh."



DOA MENGULANGKAJI PELAJARAN

"Ya Allah, sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu."


DOA APABILA TERLUPA

"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa yang kulupa."


Wednesday 10 October 2012

TIPS KECANTIKAN BUAT KAUM HAWA



Anda ingin kelihatan lebih menarik dan cantik?

Apa kata serikan dengan MAKE-UP tradisional yang dianjurkan oleh Salun Keimanan Muslimat.

1. Jadikan GHADDUL BASHAR sebahagi hiasan mata, nescaya mata anda akan kelihatan lebih bening dan jernih buat selama-lamanya.

2. Oleskan LIPSTIK KEJUJURAN pada bibir, nescaya bibir anda akan kelihatan semakin manis dan memikat hati semua orang.

3. Gunakan PEMERAH PIPI dengan kosmetik diperbuat daripada rasa malu yang boleh didapati secara langsung di Salun Keimanan. Nescaya pipi anda akan kelihatan bersih dan suci.

4. Gunakan SABUN ISTIGHFAR yang amat mujarab bagi menghilangkan dosa dan kesalahan yang dilakukan. Nescaya anda akan kelihatan berseri.

5. Rawatilah rambut anda dengan JILBAB ISLAMI yang dapat mengelakkan pandangan ajnabi. Nescaya rambut anda akan kelihatan lebih bermaya dan menawan.

6. Hiasilah kedua tangamnu dengan GELANG TAWADHUK dan jari jemari dengan CINCIN  UKHUWAH. Nescaya tangan serta jari anda lebih manis dan cantik.

7. Kalungkan leher dengan KALUNG KESUCIAN. Nescaya anda akan kelihatan lebih berseri.

8. Baikilah wajah dengan AIR WUDHUK. Nescaya wajah anda akan lebih bercahaya dan anggun walaupun anda telah menggembara hingga akhirat.

CUBALAH! Semoga berpuas hati dengan hasilnya. InsyaAllah :)

Tuesday 9 October 2012

cerpen : KASIHNYA IBU



"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?"
Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan kepada bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dubuka selimut yang  menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan  tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun tergamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolaham menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. 
"Mereka kata saya cacat" katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk ayah kanak-kanak itu bertemu doktor.
"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan." kata si ayah. Pembedahan berjalan dengan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya bertambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, walaubagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga saya ini, saya ingin membalas jasanya" kata si anak berkali-kali. 
"Tak mungkin" balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. 
"Akan tiba masanya anakku." balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya." Si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah satu-satunya wanita yang paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapun kenalannya"


Monday 8 October 2012

TIPS MENGUATKAN INGATAN



1. Sentiasa berzikir dan mengingati Allah.

2. Banyakkan membaca dan menghafal Al-Quran.

3. Mengamalkan puasa sunat.

4. Banyakkan berdoa.

5. Senaman (sekurang-kurangnya 30 minit, 3 kali seminggu).

6. Tenangkan dan rehatkan minda dengan solat malam (tahajud), solat dhuha dan solat-solat sunat lain.

7. Tidur dengan cukup (tidur awal dan bangun awal pagi).

8. Bersikap positif dalam setiap aspek kehidupan.

9. Berbaik sangka dengan orang lain.

10. Kawal emosi, sentiasa tenang dan tidak mudah melatah atau marah.

11. Mengulangi setiap apa yang dibaca berkali-kali.

12. Banyakkan bergaul dengan orang bijak pandai dan alim ulama.

13. Banyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah sekurang-kurangnya seratus kali.