Saturday, 20 October 2012

BERTENANG UNTUK CEMERLANG


          Secara psikologinya, orang yang gagal mencapai ketenangan dalam hidup, menunjukkan individu ini berada dalam situasi "manusia gagal".Hal ini disebabkan oleh mereka yang sukar untuk mencari ketenangan dalam diri mereka. Sesungguhnya bertenang itu amat tinggi nilainya.

          Pastinya bukan mudah untuk bertenang pada setiap masa terutama apabila kita berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengganggu fikiran kita mahupun masalah yang membuatkan kita menitis air mata. Tetapi ingatlah muslimin dan muslimat sekalian, apabila kita jadikan sabar sebagai penolong kita, nescaya hati kita akan sentiasa tenang kerana Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar. Seperti firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 46, "Dan taatilah kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah, maka itu akan menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar." Jadi cubalah untuk bertenang ketika berhadapan dalam situasi apapun sekalipun dalam situasi yang sukar kerana tenang itu sangat berharga dan merupakan perasaan yang sangat indah lebih-lebih lagi apabila kita mendapat ketenangan semasa mengingati Allah SWT.


          Kita perlu tahu dan akui bahawa apabila kita ingat Allah ketika susah, Allah akan memberi ketenagan kepada kita. Sebaliknya apabila kita melupakan Allah ketika kita senang, Allah akan mencabut ketenangan dalam hati kita. Sebaik-baiknya kita perlulah ingat kepada Allah ketika kita senang mahupun susah agar kita sentiasa diberikan ketengan olehNya.

          Oleh itu, wahai muslimin dan muslimat sekalian, jadikanlah ketenangan sebagai peribadimu kerana syaitan itu sangat bencikan orang yang tenang. Pada waktu-waktu yang penting menghampiri seperti peperiksaan, jadikanlah ketenangan sebagai rakan karibmu. InsyaAllah dipermudahkan kita untuk menjawab soalan dengan lancar dan baik dan dipermudahkan kita untuk mencapai kecemerlangan dalam diri kita. :)




No comments:

Post a Comment