Friday, 25 January 2013

Awak, kalau tak jatuh cinta macam mana kita nak teruskan ?

" Eh, sorry la. Aku dah tak nak belajar subjek matematik ni lagi. Aku tak faham betul apa yang cikgu ajar. Lagipun aku tak pernah minat dengan subjek matematik. "

                   _____________________________________________________



Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah kita diberi nikmat islam dan iman oleh Allah. Dan saya sangat bersukur kerana di beri peluang untuk menulis entry ini walaupun kebelakangan ini mempunyai masa yang terhad. Segala puji bagi Allah kerana saya masih diberi peluang untuk berkongsi sedikit ilmu. Mudah mudahan boleh menjadi panduan kepada kita semua. :)

Oh ya, berbalik kepada pernyataan yang diatas, pernahkan anda mengalami situasi demikian? Pasti pernah kan. Sekurang-kurangnya sekali. Kerana saya sendiri juga pernah melalui situasi sedemikian. Ermm, Kita merasa kita tidak dapat meneruskan sesuatu kerana tiada minat terhadapnya. Kata yang lebih indah lagi, tiada rasa cinta terhadap sesuatu itu

 Eh? Tak jatuh cinta? kenapa?

Boleh jadi kerana kita merasakan sesuatu itu memberikan tekanan kepada kita. Boleh juga kerana kita merasa terbeban kepadanya. Contoh situasi di atas, individu tersebut mengatakan bahawa dia tidak ingin belajar subjek matematik lagi kerana dua sebab. Pertama : Tidak memahami apa yang diajarkan oleh gurunya. Kedua : Tidak mempunyai minat / cinta terhadap subjek tersebut. Persoalannya, adakah wajar kalau individu tersebut untuk tidak belajar subjek tersebut lagi ?

" Kalau awak minat bola, awak boleh je bangun kalau siaran bola tu pukul 4 pagi ? "

Contoh situasi di atas. Sekiranya seseorang itu mempunyai minat terhadap bola, pasti dia akan menonton siaran bola walaupun siaran tersebut bersiaran pada waktu pagi sekalipun. Sanggup untuk set alarm pukul 4 pagi semata-mata tidak mahu terlepas untuk menonton bola. Ini disebabkan oleh minat / cinta seseorang itu terhadap bola.

Begitulah juga sekiranya kita ingin meminati sesuatu yang kita anggap susah dan membebankan kita. Seandainya tiada rasa cinta terhadapnya, bagaimana kita ingin meneruskannya. Pasti kita akan kecewa dan berputus asa. Teringat kata seorang sahabat, "dekat dunia ni tiada apa benda yang senang." Kerana kata-kata itulah saya berdiri di sini meneruskan pengajian yang saya anggap susah walaupun tiada minat / kecintaan terhadapnya. Lagipun kita perlu sedar dalam menuntut ilmu ini kita memerlukan banyak pengorbanan walaupun sesusah manapun. Lagipun masa menuntut ilmu kan para malaikat sedang mendoakan kita. Masya' Allah :)

DENGAR SINI, ALLAH ADA BERFIRMAN DALAM AYAT CINTA NYA

" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "(Surah Al-Baqarah : 216) 
Tengok tu, kita cakap kita tak suka, tak minat, tak cinta, benci terhadap sesuatu tu. Kita tahu ke yang kita tak suka tu, tak minat, tak cinta dan benci tu benar-benar mendatangkan perkara yang tidak baik kepada kita? Kita yakin sangat ke kalau kita beralih ke perkara yang lain kita akan jadi suka, minat, dan cinta terhadap benda itu?  Yakin jugak ke yang benda tu membuat kita jadi lebih baik?
Kita perlu ingat, tiada yang mustahil dalam dunia ni. Asalkan kita berusaha, sesusah mana pun, kita kena bulatkan tekad kita. Kita kena mohon petunjuk Allah untuk memudahkan segala urusan kita. Dan akhirnya kita perlu bertawakal seandainya kita dah berusaha semampu kita. 
Apabila kita mempunyai cinta terhadap sesuatu, pasti kita akan lebih semangat untuk meneruskannya.
Kita tahu bahawa cinta yang paling agung ialah cinta kepada Allah. Sekiranya kita cinta kepada Allah, macam-macam yang kita ingin lakukan demi membuktikan cinta kita kepada Allah.Kita sentiasa mentaati perintah Allah. Solat 5 waktu tak pernah tinggal. Kalau tertinggal walau satu waktu pun pasti akan rasa menyesal yang amat dahsyat. Tak cukup dengan tu, kita akan sanggup bangun tengah-tengah malam dalam keadaan yang sunyi, yang semua orang sudah tidur. Kita hanya ingin kita berdua-duaan dengan Allah. Kita ingin mengalirkan air mata kita kerana Allah. Kita ingin lebih dekat kepada Allah. Semua ini kita lakukan kerana cinta kita yang sangat hebat kepada Allah!
Begitu juga cinta kita kepada Rasulullah, kekasih Allah. Kita sentiasa berselawat ke atas rasulullah. Kita tahu sekali kita selawat ke atas baginda, baginda akan selawat ke atas kita sepuluh kali. Sepuluh kali kita selawat ke atas baginda, baginda selawat ke atas kita seratus kali. Kadang-kadang kita rasa tak puas nak berselawat ke atas Rasulullah walaupun kita tahu setiap selawat kita akan digandakan. Tetapi demi cinta kita terhadap Baginda, kita tak payah hitung pun seberapa banyak yang dah kita selawat kepada baginda, yang penting kita dapat melepaskan rindu kita terhadap Kekasih Allah. :')
Di samping selawat yang tak henti-henti terhadap baginda, kita juga sentiasa mengamalkan sunnah baginda, kita susuli perjalanan sirah baginda. Kita terokai kehidupan baginda. Kita contohi akhlak baginda yang Subhanallah sangat indah dan tidak terkata. 
Begitulah rasa indahnya cinta terhadap sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada kita. Kita tidak boleh menjangkakan apa yang kita tidak suka itu tidak mendatangkan perkara baik kepada kita. Cintailah secara ikhlas dan kerana Allah semata-mata, kemudian yang lain serahkan semuanya kepada Allah. Dia pasti akan menjanjikan hasil yang lebih baik kepada kita walau sesukar manapun kita harus menghadapi sesuatu itu.
" Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah "( Al- Baqarah : 165 )

No comments:

Post a Comment