Islam merupakan agama yang kuat...
Islam menyeru penganutnya untuk mencapai kejayaan..
Bukan sahaja di dunia..
Tapi juga di akhirat kelak..
Tapi bagaimana hendak menggapai kejayaan tersebut, andai seruan azan "MARILAH BERSOLAT, MARILAH MENCAPAI KEJAAN " tidak diendahkan ?
Berjayakah umat islam tersebut?
Islam merupakan agama yang kuat..
Islam menyeru umatnya agar mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W serta menyebarkan dakwahnya..
Tetapi umat islam sendiri rosak akhlaknya dan tidak pernah berusaha memperbaiki iman serta dirinya..
Berjayakah umat islam tersebut ?
Islam merupakan agama yang kuat...
Islam menyeru agar umatnya menuntut ilmu yang merupakan kewajipan bagi setiap umat islam..
Tapi bagaimana untuk memperoleh kejayaan dan menyaingi agama yang lain seandainya umat islam itu sendiri berasa MALAS untuk menuntut ilmu.. malahan berusaha gigih serta berkorban masa untuk memperoleh hasil yang lebih pun tidak bisa dilakukan?
Berjayakah umat islam tersebut?
Islam merupakan agama yang kuat...
Islam menyeru agar umatnya bermujahadah dalam kehidupannya...
berjihad melawan nafsu dalam diri agar tidak rapuh dek hasutan dan godaan syaitan...
agar dapat membentuk akhlak dan sifat mulia..
Tapi bagaimanakah kejayaan akan diperoleh seandainya jiwa sentiasa dibiarkan dalam kekotoran dan tidak berusaha untuk menyucikannya?
Berjayakah umat islam tersebut?
Islam merupakan agama yang kuat..
Jangan sesekali membiarkan nama islam itu tercemar dek kerana sifat muslim itu sendiri yang LEMAH, MALAS dan TIDAK MAHU BERUSAHA UNTUK MEMPERBAIKI DIRI...
Ingatlah kalian..
bahawa suatu ketika dahulu islam merupakan agama yang kuat..
Sehingga pernah menguasai 2/3 dunia..
Dengan berbekalkan keimanan dan ketakwaan yang tinggi...
Islam bisa mencapai kejayaan yang besar..
Ayuh bangkitlah pejuang islam sekalian..
Bawalah identiti islammu dimana sahaja dirimu berada...
Amalkanlah apa yang islam ajarkan kepadamu..
Sandarkanlah dirimu hanya kepada ALLAH semata-mata..
Bekalkanlah iman didadamu sentiasa dan bawalah ia sebagai perisai dirimu..
Ingatlah..
Dengan membawa nama islam..
Dirimu membawa suatu lambang yang kuat..
Kerana islam itu sendiri lambang kekuatanmu...
Usahlah engkau memcemari kesucian islam tersebut hanya kerana sifat mazmumah yang ada padamu..
Buanglah sifat-sifat tersebut...
Gantilah ia dengan sifat mahmudah..
Terapkanlah sentiasa di dalam dirimu..
Peliharalah kesucian islam itu seperti mana engkau memelihara kesucian dan kehormatan dirimu dengan sebaik-baiknya..
Kerana sesungguhnya islam itu agama yang sangat suci..
Kerana islam itu agama yang KUAT!
No comments:
Post a Comment