Y : Hmmm.. takpe la. Kalau kau dah usaha, mesti kau boleh buat punye la.
X : Terima kasih. Aku yakin aku boleh buat sebab aku dah berdoa dan mintak kat Allah supaya aku dapat grade yang baik.
Y : [DALAM HATI] Amin..
seminggu selepas peperiksaan ...
X : Yes. Aku dapat keputusan yang baik. Aku dapat A+ untuk ujian topik Chemical Bonding minggu lepas. Ermm, kau lak dapat grade apa?
Y : Tahniah aku ucapkan. [SENYUM] Aku dapat C+ je. Hehe.
X : [TERPERANJAT] C+ je ? Agaknya kau ni tak cukup berdoa kot.
Y : Aku dah berdoa dah.
X : Betul ke ? Oh kalau macam tu doa kau tak termakbul la ye. Aku memang berdoa supaya aku dapat grade yang baik. Maknanya doa aku dah termakbul. [SERONOK]
Y : Ermm, sebenarnya doa aku dah termakbul pun. Alhamdulillah [SENYUM]
X : Eh ? Kau doakan kau dapat grade C+ je ke ?
Y : Tak. Sebenarnya aku doakan supaya kau dapat dapat jawab dengan baik exam minggu lepas dan dapat grade yang baik. Alhamdulillah, doa aku telah pun termakbul kan ? [SENYUM]
X : Errr ... [TERHARU]
Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.
HR MUSLIM
No comments:
Post a Comment