Saturday 4 August 2012

SOLAT KHUSYUK? BAGAIMANA YE?

1. JAGA PERMAKANAN
Jauhkan diri kita memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui.
Makanan merupakan faktor yang paling penting untuk mendidik jiwa.
Sunnah nabi, berhenti sebelum kenyang dan makan ketika lapar.
Bila kita makan banyak kita akan mengantuk dan menguatkan nafsu kita.
Dalam masa yang sama susah untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna.

2. WUDUKLAH DENGAN SEMPURNA
Wuduk yang baik akan membuatkan solat menjadi baik, menentukan solat itu diterima atau pun tidak ialah berasal dari wuduknya.

3. MULAKAN DENGAN ISTIGHFAR
Sebelum memulakan solat disunatkan kita membaca istighfar, tiga Kul (Surah An-Nas, Surah Al-Falak, Surah Al-Ikhlas.) Fadilat surah ini ialah untuk mencegah dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan manusia ketika solat.

4. IKHLASKAN HATI
Hadirkan diri ketika solat seolah-olah sedang berhadapan dengan Allah, rasa kehinaan kita kepada Allah, dan rasa taubat dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan. Diri kita akan merasa gerun dan takut akan segala seksaan Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.

5. HAYATI BACAAN
Ketika solat perlu kita mentadabbur makna bacaan kita dalam solat, untuk memelihara hati kita supaya ia khuyuk dalam solat. Jika tidak tahu mentadabbur makna bacaan dalam solat maka boleh kita membayangkan segala perkataan dalam solat kita.

6. SOLAT BERJEMAAH
Solat berjemaah mempunyai pahala yang beganda iaitu sebanyak 27 kali ganda berbanding dengan solat secara bersendirian. Solat berjemaah juga sukar untuk diganggu syaitan. Sesiapa yang solat berseorangan diibaratkan sepertimana kambing yang berpisah dari kumpulannya dan mudah untuk menjadi mangsa kepada serigala yang sentiasa mengintainya.


No comments:

Post a Comment