Wednesday 11 April 2012

ADAB KETIKA BERHADAPAN DENGAN MASALAH


Assalamualaikum w.b.t,
Manusia sememangnya tidak dapat lari dari masalah. Ada yang menjadikan masalah sebagai beban dalam hidup mereka dan ada pula yang cuba mencari solusi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka. Tetapi, sebagai insan yang bertakwa, kita haruslah reda dengan masalah kita kerana Allah sentiasa menguji kita sebagai tanda sayangNya kepada kita. Berikut merupakan adab-adab ketika berhadapan dengan masalah. Semoga tips-tips di bawah ini dapat membantu kta. InsyaAllah :)


#1 BERISTIGHFAR

Pertama sekali, kita perlu beristighfar kepada Allah dengan mengucapkan "innalillahi wainnailahi raji'un".
Ayat pertama yang keluar dari mulut anda ini mampu membuatkan anda tenang seketika dan ingat pada Yang Esa akan ujian yang diterima.


#2 SIASAT TERLEBIH DAHULU

Apabila masalah anda melibatkan orang ketiga, maka sebaik-baiknya anda perlu menyiasat terlebih dahulu kebenaran berita tersebut. Sifat manusia ada yang baik dan ada yang jahat. Anda jangan mudah tertipu dengan sebarang maklumat yang disampaikan tanpa anda sendiri melihat perkara tersebut.


#3 BERFIKIRAN POSITIF

Jangan sesekali merasakan masalah tersebut sebagai bebanan yang sangat berat. Fikiran anda perlu sentiasa
positif dengan memikirkan bahawa ia adalah tanda kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Tanpa dugaan, hidup anda tidak mencabar dan kurang pengalaman hidup.



#4 SABAR DAN TABAH
  
Memang dugaan yang diterima agak berat, tetapi kesabaran dan ketabahan itu adalah kunci untuk anda berjaya. Apabila sifat mahmudah ini ditanamkan dalam diri anda, pasti anda tidak akan merungut lagi pada masa akan datang apabila ditimpa sebarang musibah.


#5 REDA

Akhir sekali, anda perlu reda dan pasrah dengan ujian yang diberikan. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apabila anda menerima takdir Allah, dengan izin-Nya anda akan diberikan pahala yang berlipat kali ganda. Jika bertuah, anda mungkin akan menerima berita kegembiraan yang lain selepas itu.


P/S: Semoga tips-tips di atas berguna untuk kita yang sedang menghadapi masalah.Ingatlah, bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. InsyaAllah :)


No comments:

Post a Comment