Saturday 15 June 2013

Ketika dirimu bersedih, siapa yang pertama sekali engkau cari ?

Dan bahawa sesungguhnya, Dia (Allah)  lah yang menyebabkan seseorang itu bergembira tertawa, dan menyebabkan seseorang itu berdukacita menangis.
( An-Najm : 43 )


Wahai jiwa yang sukakan ketenangan, 
semasa anda bersedih pernahkah anda mengalami situasi dimana tidak seorangpun yang ingin mendengar masalahmu ?

" Eh, sebenarnya aku ada benda nak cakap dengan engkau ni. "

" (tak pernah-pernah pun dia ni nak cakap sesuatu dengan aku.)
 Ala, sekarang x dapat la.. Aku tengah sibuk ni, tengah siapkan assignment. Nanti sikit eh ? "

" Ermm, ok la. "

Menunggu dan menunggu...

Hampa. Assignment dah hantar pun buat-buat tak ingat dengan kita yang ingin cakap sesuatu dengan dia.

Cuba lagi...
kali ini anda ingin meluahkan masalah dengan teman-teman yang selalu mendengar dan membantu anda sekiranya anda mempunyai masalah, tetapi teman-teman tersebut tiada pula di sisi semasa anda sangat-sangat memerlukannya. 

[Dalam telefon] 

" Hello Aliya.... " 

" Ye? Maaf, aku dekat luar ni. Sibuk ni. Nanti lepas aku balik nanti, aku call kau balik eh? "

" Ermm, ok la. "

Menunggu dan menunggu...
Cakap dah balik nak call, tetapi tiada pula. Hampa lagi.

...................

" Hello Irah... Kau sibuk eh ? sebenarnya aku nak cakap sesuatu ni. "

"  Sekarang ke? Esok je la kita jumpa boleh? Aku penat sangat ni. Boleh eh? "

" Ermm, ok la. "

Keesokkan harinya...

" Eh aku ada hal ni. Ada benda nak uruskan dalam bilik mesyuarat. Maaf sangat-sangat eh. Aku memang nak dengar apa yang kau cakap, tapi .... "

" Takpe Irah. Aku faham "

Hampa lagi.

Ibu dan ayah pula outstation. Kawan-kawan pun semuanya sibuk. Tiada masa untuk meluangkan masa.

Siapa lagi yang aku nak cari ? Peritnya rasa beban yang menimpaku ini. Dengan siapa yang ingin aku luahkan? Semuanya sibuk! Semuanya ada hal! Ada yang menjauhi... Ada yang tak nak dengar...
Ya Allah... siapa lagi yang boleh mendengar masalahku ini? Dengan siapa yang ingin aku luahkan?


Allah ?

Ya.  Allah ! 

Allah kan ada. 

Bukankah Allah yang menimpa dugaan ini keatasku?

Tetapi aku lupakan Allah.

Mengapa aku masih mengaharap akan manusia sekiranya Allah yang lebih memahamiku ?

Allah yang memberi masalah ini kepadaku. 

Tetapi kenapa Allah menjauhi orang-orang yang selama ini dekat denganku ?

Kenapa ?

Kerana sengaja Allah menjauhi mereka dariku agar aku hanya mengaharap kepada Allah.

Kerana Allah rindu akan rintihanku..

kerana Allah ingin aku sentiasa mengingatinya sebagaimana Dia sentiasa mengingatiku..

kerana Allah menyayangiku...


Dia ingin aku bersabar...

Kerana itu aku sebagai insan yang terpilih untuk diujiNya...

Supaya bertambah imanku...

Supaya aku menjadi insan yang hebat...

Kerana ujian yang hebat hanya akan diberikan kepada orang-orang yang hebat !

Tetapi hebatkah aku ?

Cukup berimankah aku ?


" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. "

(Al- Ankabut : 2-3)

Ketahuilah wahai jiwa yang mencari ketenangan, Allah menimpakan sesuatu dugaan buatmu kerana ingin dirimu beriman. Kerana hanya mereka yang beriman sahaja yang layak menggapai syurgaNya. Kerana dirimu adalah insan yang terpilih. Bangkitlah


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
(Al-kahf : 107)


Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman

(Ali-imran:139)

Oleh itu, bersangka baiklah dengan Allah. Bukanlah salah teman-teman yang sibuk, bukan juga salah teman-teman yang tidak ingin mendengar masalah kita. Dan bukan juga salah ibu bapa yang tiada di sisi kita. Tetapi Allah ingin kamu mengingatinya. Allah tidak pernah jauh darimu. Sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu. 


“Maka ingatlah kepada-Ku niscaya Aku pun akan mengingatmu.”

(Al-Baqarah : 152)

Jadi, tanyalah pada dirimu sendiri, ketika dirimu bersedih, siapa yang pertama engkau cari?


No comments:

Post a Comment