Namun, sekuat mana pun manusia berusaha, pasti Allah ada rancangan yang lebih baik untuk hambaNya. Itulah yang berlaku kepada Ali pada suatu hari. Sesuatu yang membuatkan dia terfikir bahawa hidup ini bukan sekadar aktiviti untuk sihat semata-mata.
Pada petang itu, Ali seperti biasa bermain bola sepak dengan rakan-rakannya. Dengan cuaca yang indah pada petang itu, dan angin bertiup lembut, tidak akan ada yang pernah menyangka berlaku suatu kejadian yang tidak pernah dilupakan oleh Ali seumur hidupnya.
Semasa Ali bersedia untuk menendang bola ke dalam pintu gol yang berada dihadapannya, tanpa membuang masa, dia mempercepatkan langkahnya untuk menendang bola tersebut. Tiba-tiba dia merasakan suatu kesakitan yang telah mencucuk dadanya. Sakit itulah yang membuatkan dia terjatuh, dan akhirnya tidak sedarkan diri.
Ali tidak sedar yang dia telah berada di suatu tempat yang asing baginya. Apabila dia membuka matanya, dia telah mendapati dirinya terlantar di atas katil. Dengan dipakaikan pakaian hijau dan wayar-wayar yang berselirat di atas tubuhnya, tahulah Ali bahawa dia sedang berada di hospital. Menyedari akan keadaan Ali yang sudah bangun, doktor segera menghampiri Ali dan memeriksa keadaannya.
Dengan kepala yang berdenyut-denyut, Ali bertanya kepada doktor tersebut.
" Kenapa saya boleh berada dekat sini? Ada apa dengan keadaan saya doktor? "
Seakan-akan tidak percaya Ali dibuatnya apabila mendapati dirinya berada di hospital. Mana mungkin orang yang mengamalkan hidup sihat sepertinya boleh terlantar di hospital!
Doktor menjawab,
" Awak pengsan semasa bermain bola petang semalam. Melalui hasil pemeriksaan kami, awak terkena serangan jantung. Tetapi Alhamdulillah awak selamat.
" Apa ?! "
Sekali lagi Ali tidak percaya bahawa dia telah terkena serangan jantung.
" Saya sungguh tidak percaya. Saya ini adalah orang yang paling banyak senamannya. Berlari dan berpeluh setiap masa, tetapi mengapa pula saya mendapat serangan jantung? Tidak mungkin! Mengapa saya pula yang mendapat serangan jantung, saya sudah bersenam, malah setiap hari saya bersenam. Sekiranya mahu terkena serangan jantung, saya yakin saya adalah orang yang terakhir. Jangan-jangan doktor salah periksa. "
Kedengaran suara Ali yang sangat nyata keras nadanya itu.
Namun, doktor itu tetap sahaja tersenyum baik, dan berkata,
"Sebagai seorang pemain bola sepak, pasti awak tahu ada beberapa orang pemain bola sepak di dunia yang meninggal dunia semasa bermain bola sepak. Jadi mengapa awak tidak percaya pula? "
Ali terdiam dan mula teringat berkenaan pemain-pemain itu.
" Ya, saya tahu itu adalah perkara yang tidak mustahil, tetapi tetap jugalah saya hairan, mengapa saya yang ditimpa masalah ini? " soal Ali dengan rasa hati yang sangat hampa.
Terdetik di dalam hati Ali bahawa segala usahanya selama ini adalah sia-sia.
Doktor mula bersuara,
" Ali, awak beruntung sebernanya. "
" Beruntung apa sekiranya saya hampir maut ? " Ali ternyata tidak berpuas hati dengan jawapan doktor.
Doktor itu tetap tersenyum tenang. Sebagai seorang doktor, dia tahu tugasnya sangat mencabar lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan pelbagai ragam pesakit. Akan tetapi, sebagai seorang muslim, doktor tersebut sentiasa mengingatkan dirinya untuk sentiasa menggunakan cara dakwah dan tarbiyah untuk mengembalikan spiritual, emosi dan rohani pesakit-pesakitnya.
" Awak beruntung sebab Allah memberi peringatan kepada awak. " kata doktor tersebut.
" Peringatan? Peringatan apa? "
" Peringatan kepada mati "
Jawapan itu membuatkan Ali terdiam seketika dan terasa ada benarnya. Namun tetap juga dia tidak bersetuju dan berkata,
" Itu memang betul, tetapi mengapa pula peringatan itu datang kepada mereka yang selalu bersenam? Bukankah ia lebih elok sekiranya datang kepada mereka yang langsung tidak bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat? "
Ali merasakan bahawa dia telah berjaya mengeluarkan kata-kata yang menyebabkan doktor itu terdiam. Tetapi doktor itu tetap tersenyum dan menjawab.
" Itu saya tidak tahu Ali. Eloknya awak berbaik sangka kepada Allah. Sekiranya bukan peringatan kepada mati, mungkinkah ia peringatan supaya mengislamisasikan aktiviti kita? "
" Mengislamisasikan aktiviti? Doktor kata aktiviti saya tidak islamik? " Ali berasa berang. Terasa bagai dituduh pula.
" Maafkan saya sekiranya awak terasa hati. Tetapi izinkan saya bertanya, bertanya kepada diri saya sendiri juga sebenarnya. Apabila membuat sesuatu aktiviti, adakah kita sudah niatkan ia sebagai ibadah kepada Allah? Kita bersenam, bersukan, adakah kita niatkan ia adalah ibadah? Adakah kita sudah sempurna menutup aurat semasa beraktiviti? Adakah kita tetap mengerjakan solat semasa beraktiviti? Adakah kita telah menjaga batas-batas pergaulan kita semasa beraktiviti? Mungkin itulah peringatan Allah yang mahu Dia ingatkan kepada kita. "
Bicara doktor itu membuatkan Ali terdiam. Dia sangat mengakui akan kebanaran di sebalik kata-kata doktor tersebut. Lalu dia menutup kembali matanya dan mengenang kembali apa yang telah dia lakukan sebelum ini.
( cerita ini dipetik dan diubahsuaikan daripada buku 'Padanya Ada Hikmah' karya Prof. Dr. Muhaya Mohamad dan Bahruddin Bekri, penerbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd. )

No comments:
Post a Comment