Sebuah jiwa terbentang seluas sahara...
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa...
Setiap untai kata yang termaktub sudah...
menjadi warkah cinta berbau syurga...
Sempadan batinku hampir terbelah...
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa...
Antara iman dan nafsu aku berjuang...
Meraih mahkota Cinta dari Syurga...
Biar beribu parut luka menghiris kalbu...
Hanya keikhlasan cinta penjadi penawar...
Sekali diriku terbuang dimata insan...
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini...
Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgaMu...
Bila saat aku pergi..
Biarlah cintaku tetap di situ...
Lirik oleh : A. Ubaidillah Alias
Lagu oleh : Bazli UNIC
Nyanyian oleh : Imam Muda Nazrul feat. UNIC
Assalamualaikum w.b.t,
Di atas merupakan lirik yang bagi penulis mempunyai makna yang cukup mendalam.
Di sini penulis ingin mengupas makna di sebalik lirik lagu di atas mengikiut fahaman penulis sendiri.
Sebuah jiwa terbentang seluas sahara...
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa...
Setiap untai kata yang termaktub sudah...
menjadi warkah cinta berbau syurga...
Jiwa insani yang sangat meluas. Di dalam jiwalah letakkan segala perasaan yang hadir di dalam hati. Kadang-kadang seseorang akan berasa gembira yang membawa kepada rasa kecintaan. Secara analoginya, apabila kita mendapat rumah baru iaitu banglo 3 tingkat, kita pasti akan rasa gembira dan pasti wujud rasa cinta terhadap rumah tersebut bukan? Pasti rumah itu akan dijaga dengan sebaiknya dan juga dihiasi dengan indahnya. Begitulah juga sebaliknya dengan perasaan yang penuh kekecewaan. Apabila kita begitu mengharapkan rumah banglo itu menjadi milik kita. tetapi kita mendapat tahu bahawa rumah tersebut tidak jadi untuk diberikan kepada kita, tentu kita akan berputih masa bukan?
Begitulah juga dengan jiwa insan yang penuh dengn rasa cinta dan kecewa. Sememangnya jiwa insan sangat luas seluas sahara. Tetapi apabila jiwa sesebuah insan tersebut dirawat dengan Zikirullah pasti jiwa itu akan tenang. Seperti firman Allah,
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrulllah". Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."
( Surah Al-Ra'ad : 28 )
Nampak bukan? Allah sendiri yang akan menjanjikan ketenangan hati bagi orang-orang yang berzikir kepadaNya. Subhanallah. Zikir itulah kata-kata yang indah, yang apabila dijadikan amalan, In Shaa Allah pasti syurga jaminannya. Sesungguhnya zikir itu adalah warkah cinta yang berbau syurga jika diamalkan dengan penuh keikhlasan.
Sempadan batinku hampir terbelah...
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa...
Antara iman dan nafsu aku berjuang...
Meraih mahkota Cinta dari Syurga...
Apabila kita telah meletakkan cinta Allah sebagai cinta kita yang teragung, pasti kita akan dapat membatasi cinta manusia. Apabila cinta Allah merupakan cinta yang tertinggi, pasti cinta akan berlandaskan penuh dengan keimanan dan membentengkan nafsu agar tidak menguasai diri untuk melakukan perkara-perkara yang dimurkaiNya. Letakkanlah cinta kita kepada apa-apa yang ada di dunia ini kerana Allah. Kerana semua yang ada di dunia ini adalah milikNya. Kita hanyalah pinjam segala yang ada di dunia ini.
"Allah berfirman, "pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung-mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku. "
(Hadis Qudsi)
"Tiga perkara yang barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang kerana Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakkan ke dalam api neraka."
(Hadis Riwayat Bukhari Muslim)
Jelaskan? Hadis-hadis diatas sangat menyedarkan kita bahawa cinta kepada Allah lah cinta yang Teragung. Apabila kita mencintai Allah melebihi segala yang ada di muka bumi ini, pasti kita takut untuk melakukan perkara-perkara yang dilarangNya dan sentiasa mentaati segala suruhanNya demi menggapai Syurga Allah. Persoalannya, adakah cinta Allah yang kita letakkan sebagai cinta kita yang Teragung? Bagaimana hendak meggapai Syurga Allah andai kita leka dengan perintahNya dan sering melakukan perkara yang dimurkaiNya?
*In Shaa Allah bersambung dibahagian yang kedua*