Friday, 16 November 2012

CIK BEAH OSEM?



Cik Beah Osem.

Penulis sangat kagum dgn Cik Beah Osem ni. Hal ini kerana beliau menggunakan youtube sebagai medium untuk menyebarkan dakwah. 

Lihat sahaja video yang beliau hasilkan, sungguh seronok dan ada unsur kelucuan. Tetapi video yang beliau sampaikan banyak memberi pengajaran dan kata-kata nasihat untuk kita. 

Untuk membuat video lebih menarik, Cik Beah Osem menggunakan kartun yang comel dan latar muzik yang dapat menarik perhatian untuk kita menontonnya.

Apa yang mebuat penulis kagum dengan Cik Beam Osem ini ialah, dia sungguh bijak dan kreatif untuk menggunakan teknologi moden sebagai medium dakwah khususnya untuk golongan yang sedang berusaha memperbaiki diri mereka. Hal ini menunjukkan bahawa islam merupakan agama yang fleksibal yang menggalakkan umatnya mengguna apapun cara untuk meyebarkan dakwah. Jelaslah bahawa dakwah tidak semestinya dilakukan di masjid-masjid malahan kita boleh berdakwah di alam maya juga asalkan niat kita berdakwah adalah ikhlas kerana Allah Taala. 

Jujur penulis sendiri berasa terkesan dengan video-video yang disampaikan oleh Cik Beah Osem walaupun video-video beliau nampak seperti simple tetapi Alhamdulillah video-video beliau sebenarnya banyak memberi kesedaran kepada diri penulis yang masih berada di dalam kejahilan ini. 

Semoga dengan adanya video-video seperti ini dapat menarik minat golongan-golongan yang ingin melalukan perubahan dalam diri mereka. InsyaAllah :)



Thursday, 15 November 2012

HIJRAHKAH KITA?

Alhmdulillah, dengan limpah dan rahmatNya kita masih diberi peluang untuk menyedut segar bumi Allah ini, masih dapat mengorak langkah mencari jejak muslim sejati dan yang paling penting kita masih dapat menikmati tahun-tahun hijrah yang membawa perubahan dalam diri kita. Muharam sudah menjelang menandakan tahun baru islam menjelang kemballi. Mari kita sama-sama mengimbau kembali kisah penghijrahan Rasulullah SAW

Keheningan malam penuh kesejukan, ketakutan, resah dan kegelisahan mengiringi perjalanan Rasulullah SAW bersama kaum Muhajirin meninggalkan kota penuh kegelapan menuju kota cahaya kebenaran. Bermulalah hijrah agung, dimana kepayahan, kesusahan dan pengorbanan insan tidak ternilai. Tanpa ditemani sanak saudara, tanpa dibekali harta, hanya diselimuti kepercayaan kepada janji RasulNya. Atas keyakinan dan iman yang teguh, rela menempuh dugaan dan rintangan demi menegakkan islam tercinta.

                       Hijrah itu pengorbanan...
                       Hijrah itu perjuangan...
                       Hijrah itu persaudaraan...
                       Hijrah memebntuk perpaduan...

Begitulah indahnya kata-kata yang kedengaran setiap kali menjelangnya Muharam.

Namun, berapa ramaikah antara kita yang memahami konsep hijrah yang sebenarnya?


Kita sering merenungi dan merasai peritnya perjalanan Hijrah kekasih Allah, namun tidak pernah terlintas untuk menyingkap hijrah dalam diri kita masing-masing.

Kita sibuk menanam keghairahan memperingati tahun bermulanya keagungan islam dalam diri orang lain, namun kita tidak menyemai benih hijrah dalam diri kita.

Kita percaya Nabi Muhammad Pesuruh Allah, tetapi kita masih tidak mengamalkan sunnah dan ajarannya.

Kita mengejarkan solat 5 waktu sehari semalam tetapi kita masih tidak dapat membendung diri dari melakukan maksiat.

Adakah kita telah memahami maksud sebenar hijrah andai konsep asas dalam islam sendiri pun kita tidak pernah mendalaminya?

Sinonim dengan namanya, hijrah dikaitkan dengan perpindahan dari kegelapan dan kejahilan kepada kebenaran.

Hijrah dalam diri adalah perubahan dari kemungkaran kepada kebaikan. walaupun tidak berlaku perubahan yang banyak dalam diri kita, namun hijrah yang dilakukan itu berupaya meletakkan kita sebagai insan yang menghijrahkan diri kepada cahaya kehidupan.

Semoga dengan memahami konsep sebenar hijrah, kita dapat membawa suatu perubahan yang baik dalam diri kita. InsyaAllah.

Al-baqarah:218

Saturday, 10 November 2012

AN IMPORTANT LETTER



What happen when you receive an important letter from someone, do you put it away or immediately open it or read it? I belive, all of us would open the letter and read it. If you don't know how to read, you would find someone who could and let him read it out to you. In short, we would take the letter seriously as it contains important information.

On the other hand, how do we treat the Holy Quran, which is important message from Allah? Our future of  this world  and the hereafter is in knowing this message. But, do we read the Quran? May be only a few of us. Instead of reading, we cover the Quran with beautiful cloth and put in away on a high shelf. Would we do the same with the above mentioned important letter? Not at all. So it's time that we realize the value of the Quran and read it often to know the important message.

Saturday, 3 November 2012

TANGAN DI ATAS LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN DI BAWAH



Daripada Abu Hurairah ra daripada Nabi SAW sabdanya:
Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkan keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya.
(riwayat Bukhari)


Huraian hadis :

#Orang yang suka memberi adalah lebih mulia dan disanjung oleh Islam daripada orang yang suka meminta-minta.


#Perbelanjaan hendaklah diutamakan kepada kaum keluarga yang di bawah tanggungan.

#Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang telah mencukupkan perbelanjaan untuk keluarganya.

# Perbelanjaan dan pemberian yang dikeluarkan oleh seseorang akan diganti semula oleh Allah.

# Islam menggalakkan umatnya supaya bersifat pemurah, bersabar atas kemiskinan dan merasa cukup dengan apa yang ada tanpa meminta kepada orang lain.

# Islam benci kepada orang yang suka meminta-minta. Allah akan memberi kekayaan kepada seseorang yang telah merasa cukup dengan apa yang ada padanya walaupun dia miskin.

# Sesiapa yang memohon pertolongan Allah untuk mendapatkan sesuatu pasti akan ditolong.

# Keluarga sendiri hendaklah didahulukan dan diutamakan dalam nafkah.