LA TAHZAN! Janganlah jatuh tidak berbangkit, bangunlah dan cukuplah kesalahan yang lepas, jangan diulang lagi.
Sesungguhnya Allah sangat sayang akan hambanya dan sentiasa disisi hambaNya selama ia tetap bersabar =) "Dan taatilah kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah, maka itu akan menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar." (Surah Al-Anfal, ayat 46)
1. JAGA PERMAKANAN
Jauhkan diri kita memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui.
Makanan merupakan faktor yang paling penting untuk mendidik jiwa.
Sunnah nabi, berhenti sebelum kenyang dan makan ketika lapar.
Bila kita makan banyak kita akan mengantuk dan menguatkan nafsu kita.
Dalam masa yang sama susah untuk kita melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna.
2. WUDUKLAH DENGAN SEMPURNA
Wuduk yang baik akan membuatkan solat menjadi baik, menentukan solat itu diterima atau pun tidak ialah berasal dari wuduknya.
3. MULAKAN DENGAN ISTIGHFAR
Sebelum memulakan solat disunatkan kita membaca istighfar, tiga Kul (Surah An-Nas, Surah Al-Falak, Surah Al-Ikhlas.) Fadilat surah ini ialah untuk mencegah dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan manusia ketika solat.
4. IKHLASKAN HATI
Hadirkan diri ketika solat seolah-olah sedang berhadapan dengan Allah, rasa kehinaan kita kepada Allah, dan rasa taubat dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan. Diri kita akan merasa gerun dan takut akan segala seksaan Allah terhadap segala dosa yang telah kita lakukan.
5. HAYATI BACAAN
Ketika solat perlu kita mentadabbur makna bacaan kita dalam solat, untuk memelihara hati kita supaya ia khuyuk dalam solat. Jika tidak tahu mentadabbur makna bacaan dalam solat maka boleh kita membayangkan segala perkataan dalam solat kita.
6. SOLAT BERJEMAAH
Solat berjemaah mempunyai pahala yang beganda iaitu sebanyak 27 kali ganda berbanding dengan solat secara bersendirian. Solat berjemaah juga sukar untuk diganggu syaitan. Sesiapa yang solat berseorangan diibaratkan sepertimana kambing yang berpisah dari kumpulannya dan mudah untuk menjadi mangsa kepada serigala yang sentiasa mengintainya.
1. Orang yang melalaikan solat 5 waktu sehari semalam 2. Membaca Al-Quran namun melupakannya atau tidak beriman dengan isi kandungannya. 3. Tidak bersuci setelah membuang hadas kecil. 4. Berkata dusta dalam setiap percakapan. 5. Tidak menunaikan syarat sedangkan cukup syarat-syaratnya. 6. Menunaikan kehidupan dengan cara bertabarruj (berlebih-lebihan), bermegah, riak dan sombong. 7. Makan riba dan rasuah. 8. Dosa memfitnah. 9. Tidak berlaku amanah. 10. Enggan menolong ssesama Muslim ketika dizalimi. 11. Minum arak. 12. Membunuh. 13. Berzina.
1. Masjid Yang Pertama di Dunia
Tapak masjid yang pertama didunia dibina semasa zaman Nabi Ibrahim A.S. iaitu Masjidil Haram.
Manakala tapak masjid yang kedua ialah Masjid Al-Aqsa.
2. Nama Yang Paling Banyak Diguna di Dunia
Nama yang paling banyak diguna di dunia adalah "Muhammad".
3. Satu-satunya di Benua Eropah
Albania merupakan satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama islam.
4. Perkataan Berasal daripada Bahasa Arab Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony dan Alcohol. 5. Kata-kata Akhir Nabi Muhammad SAW
"Ummati... ummati.. ummati... (umatku... umatku... umatku)
6. Penambahan Penduduk Islam
Pemeluk isalm bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah pemduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.
7. Perkara Dilakukan Oleh Rasulullah SAW
Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.
8. Contoh dari Ratusan Cendiakiawan
Al-Khawarizmi (matematik)
Jabir Ibn Hayyan (kimia)
Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah)
Ibnu Sina (kedoktoran)
Ar Razi (kedoktoran)
Al Biruni (fizik)
Ibnu Batutah (antropologi)
9. Kelahiran Anak Lelaki Nabi Muhammad
Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim, meninggal lebih kurang pada usia dua tahun. Ramai para ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
10. Kisah Musa dan Maryam
Musa As adalah nama yang sering disebut dalam Al-Quran. Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.
Kepada yang memiliki lingkaran hitam di bawah mata, dengan menggunakan air sejuk semasa mandi sebelum subuh, lingkaran hitam ini dapat dikurangkan.
Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak.
Kulit pula akan menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah lancar, tubuh badan akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.
InsyaAllah aktiviti seharian juga dapat dilakukan tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi sebelum subuh.
Ia dapat meningkatkan hormon testeron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Kepada yang memiliki penyakit darah tinggi, mandi sebelum sebuh dapat mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. InsyaAllah jika ia diamalkan selalu, penyakit ini dapat dipulihkan.
5. Mengurankan tekanan
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring semasa tidur.
Kepada yang memiliki depresi, mandi sebelum subuh adalah cara yang terbaik untuk menghilangkan masalah depresi.
6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan.
Apabila sel darah putih banyak, daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus.
Ini dapat mengelakkan daripada dijangkiti sebarang penyakit.