Saturday, 21 April 2012

APA GUNA ?

Apa guna jadi lelaki KACAK
kalau baca Quran pun merangkak-rangkak

Apa guna jadi perempuan CANTIK
kalau pukul 12.00 t.hari pun tak celik-celik

Apa guna umur BESAR PANJANG
kalau asas Fardhu Ain pun lintang pukang

Apa guna Allah bagi HIDAYAH
kalau nak solat pun sikit punya payah

Apa guna jadi MANUSIA
kalau umur Allah bagi kita SIA-SIA

TIPU DAYA DAN BISIKAN HALUS SYAITAN DALAM USAHA BAIK KITA



Saat anda membawa Al-Quran,
syaitan biasa saja.

Saat anda membukanya,
syaitan mula curiga.

Saat anda membacanya,
syaitan resah dan gelisah.

Saat anda memahaminya,
syaitan menjadi kejang,

Saat anda mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian,
syaitan menghadapi stroke.

Saat anda ingin menyebarkan pesanan ini,
syaitan pun mencegahnya, syaitan kata "jangan sebarkan"  kerana ia tidak penting langsung!

p/s: Apakah tindakan anda seterusnya? :)

Friday, 20 April 2012

CARA BERBARING PENGHUNI NERAKA



Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, " Suatu hari Nabi s.a.w. sedang berjalan melewatiku. Ketika itu aku tidur secara meniarap. Maka baginda membangunkan aku menggunakan kakinya, dan berkata, " Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka."
( HR. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata ; Rasulullah s.a.w. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap), maka baginda berkata, "Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah"
(HR. Tirmizi)

SURAH BACAAN KETIKA MENGANDUNG

Surah Al-Fatihah 
Untuk terang hati dan kuat ingatan.

Suran Maryam 
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman 
Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Yusuf 
Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak.

Surah Al-Hujurat 
Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yasin
Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Al-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah Al-Nahl 
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

# 1 Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

# 2 Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

# 3 Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

# 4 Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)

# 5 Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

# 6 Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

# 7 Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

# 8 Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

# 9 Orang yang membelanjakan harta (infaq).

# 10 Orang yang makan sahur.

# 11 Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Thursday, 19 April 2012

BILA PEREMPUAN YANG TAK TUTUP AURAT MULA TUTUP AURATNYA DENGAN SEMPURNA?

Adik : Abang tahu tak bila perempuan yang TAK SUKA TUTUP AURAT mula menutup auratnya dengan sempurna?

Abang : Masa haji kot adik?

Adik : Salah. Cuba teka lagi.

Abang : Masa kahwin?

Adik : Salah jugak, teka la lagi.

Abang : Apa dia dik, abang tak tahu la.

Adik : Tadi ustazah cakap kat sekolah, perempuan yang tak suka menutup auratnya akan menutup auratnya dengan sempurna apabila dia DIKAFANKAN. Maka akan TUTUP BUAT SELAMA-LAMANYA.

P/S :  Pakai tudung tak wajib tapi tutup aurat tu wajib bagi semua wanita islam. :)

LELAKI NON MUSLIM : "KENAPA WANITA MUSLIM MENUTUP AURAT?"

Lelaki non muslim : Kenapa wanita muslim menutup aurat?

Lelaki muslim tersenyum sambil mengeluarkan 2 biji gula-gula di dalam koceknya, lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya kemudian dia melemparkan kedua gula-gula itu ke atas lantai, lalu bertanya kepada lelaki non muslim: "Antara kedua-duanya, mana satu kamu akan pilih?"

Lelaki non muslim : "Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan."

Lelaki muslim : "Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa. "

p/s : Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah :)


JIKA RINDUKAN SESEORANG, PEJAMKANLAH MATA DAN UCAPKANLAH ...



" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah, Jauhkanlah aku dari perkara yang membuat aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku... tetapi 'JARAK' ini untuk MENJAGA aku dan dia...

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik...

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi...

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya...

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi...

Dan dengan 'JARAK' ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredai ... "

Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.

Wednesday, 18 April 2012

VIDEO : BEST FRIEND TILL JANNAH :)

Assalamualaikum w.b.t, 

Video ini ana dapat dari youtube. Terima kasih kepada kerana telah  upload  video ini untuk ana kongsikan kepada kita semua. Semoga video ini dapat dijadikan iktibar untuk kita dan dapat membuka mata hati kita untuk memiih rakan baik yang dapat membawa kita ke syurga. InsyaAllah :)






Apabila sahabat menemani, syurga itu makin indah. Apabila bersahabat kerana Allah, syurga itu mengiringi langkah.

"Dan perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual minyak wangi. Kalaupun dia tidak memberikan minyak wanginya, setidaknya kita mendapatkan aromanya yang semerbak. Sementara perumpamaan teman yang jahat, tak ubahnya seperti tukang besi. Kalaupun kita tidak terkena asap hitamnya, setidaknya kita akan mencium bau busuk dari tungkunya."

Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Al-Adab (4191).

Wednesday, 11 April 2012

ADAB KETIKA BERHADAPAN DENGAN MASALAH


Assalamualaikum w.b.t,
Manusia sememangnya tidak dapat lari dari masalah. Ada yang menjadikan masalah sebagai beban dalam hidup mereka dan ada pula yang cuba mencari solusi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka. Tetapi, sebagai insan yang bertakwa, kita haruslah reda dengan masalah kita kerana Allah sentiasa menguji kita sebagai tanda sayangNya kepada kita. Berikut merupakan adab-adab ketika berhadapan dengan masalah. Semoga tips-tips di bawah ini dapat membantu kta. InsyaAllah :)


#1 BERISTIGHFAR

Pertama sekali, kita perlu beristighfar kepada Allah dengan mengucapkan "innalillahi wainnailahi raji'un".
Ayat pertama yang keluar dari mulut anda ini mampu membuatkan anda tenang seketika dan ingat pada Yang Esa akan ujian yang diterima.


#2 SIASAT TERLEBIH DAHULU

Apabila masalah anda melibatkan orang ketiga, maka sebaik-baiknya anda perlu menyiasat terlebih dahulu kebenaran berita tersebut. Sifat manusia ada yang baik dan ada yang jahat. Anda jangan mudah tertipu dengan sebarang maklumat yang disampaikan tanpa anda sendiri melihat perkara tersebut.


#3 BERFIKIRAN POSITIF

Jangan sesekali merasakan masalah tersebut sebagai bebanan yang sangat berat. Fikiran anda perlu sentiasa
positif dengan memikirkan bahawa ia adalah tanda kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Tanpa dugaan, hidup anda tidak mencabar dan kurang pengalaman hidup.



#4 SABAR DAN TABAH
  
Memang dugaan yang diterima agak berat, tetapi kesabaran dan ketabahan itu adalah kunci untuk anda berjaya. Apabila sifat mahmudah ini ditanamkan dalam diri anda, pasti anda tidak akan merungut lagi pada masa akan datang apabila ditimpa sebarang musibah.


#5 REDA

Akhir sekali, anda perlu reda dan pasrah dengan ujian yang diberikan. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apabila anda menerima takdir Allah, dengan izin-Nya anda akan diberikan pahala yang berlipat kali ganda. Jika bertuah, anda mungkin akan menerima berita kegembiraan yang lain selepas itu.


P/S: Semoga tips-tips di atas berguna untuk kita yang sedang menghadapi masalah.Ingatlah, bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. InsyaAllah :)


SOALAN-SOALAN DARI MUNGKAR DAN NAKIR



 Siapakah TUHAN Kamu?


 Siapakah Nabi Kamu?

 Apakah Agama Kamu?

 Apakah Kiblat Kamu?

 Apakah pegangan iktikad kamu?

Siapakah saudara-saudara kamu?

Wahai saudaraku,jawablah soalan tersebut dengan yakin dan tenang bahawasanya :

ALLAH SWT TUHANku 


MUHAMMAD SAW Nabiku

ISLAM Agamaku 

BAITULLAH kiblatku 

Kitab suci AL-QURAN ikutanku 

MEREKA yang BERIMAN semuanya saudaraku 

Pertanyaan di atas hanya gambaran saja. Kita tidak tahu bagaimana format pertanyaan sebenarnya dan apakah akan ada tambahan pertanyaan atau tidak. Hanya ALLAH SWT YANG MAHA TAHU.

Bagi yang boleh menjawab pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir akan mendapat kelapangan kubur dan kemudahan selama menunggu kiamat untuk dibangkitkan di padang mahsyar.

Jika tidak boleh menjawab maka selama menanti hari kiamat akan mendapatkan siksaan yang pedih di alam kubur.

Yang jelas, kita sebagai hamba ALLAH SWT harus terus menjaga serta meningkatkan keimanan dan  ketakwaan kita selama kita hidup di dunia.

 Jangan sampai salah melangkah sehingga membinasa akibatnya. 

Kita harus berpedoman kepada AL QURAN DAN AS SUNNAH Nabi Muhammad SAW. Di samping tetap menjaga hubungan baik dengan sesama kaum muslim serta kepada orang-orang yang bukan muslim.

Semoga kita termasuk yang mendapatkan kemudahan setelah kita mendapatkan kematian.

AAMIIN
 



AYAT-AYAT CINTA DARI AL-QURAN ♥




“Dan apabila kamu menghitung ni’mat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menghitungnya” 

(Q.S. Ibrahim: 34) 


“Apabila kamu bersyukur niscaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku, dan apabila kamu kufur maka adzab-Ku sangat pedih” 
(Q.S. Ibrahim:7) 


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri” 
(Q.S. Ar-Ra’d:11) 


“Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui “ 
(Q.S. Al-Baqarah:216) 


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” 
(Q.S. Al-Imran: 139) 


Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan orang-orang yang kufur.” 
(Q.S. Yusuf: 87) 


“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” 
(Q.S. Al-Baqarah: 286) 


“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” 
(Q.S. Al-Insyirah: 5-6) 


“Barang siapa bertakwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rizki dari jalan yang tidak ia sangka, dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendak-Nya, Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya” 
(Q.S. Ath-Thalaq: 2-3) 


“Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (yaitu) yang apabila mereka tertimpa musibah mereka mengatakan “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali” 
(Q.S. Al-Baqarah: 155-156) 

TUTUP MULUT APABILA MENGUAP !


Nabi bersabda, "Sesungguhnya ALLAH SWT suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." (HR Muslim)

Rasulullah Muhammad SAW bersabda: " Sesungguhnya ALLAH SWT membenci orang yang menguap. Menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya 
semampunya. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya." 
 (HR Bukhari)

Rasulullah saw. : Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangan pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). (HR Muslim)

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW.


Assalamualaikum w.b.t, walaupun ianya sedikit panjang, tetapi, ambillah masa untuk membacanya. InsyaAllah ia sangat berguna untuk kita. Semoga dapat dijadikan iktibar untuk kita semua.


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. 
Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah 
sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan 
kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan
kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang 
teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN 
dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."

MAKSUD SEBENAR AKU TERIMA NIKAHNYA



Bila si suami mengucapkan Aku terima nikahnya ...

Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”


Bunyi macam mudah bukan?



Tetapi maksud SEBENARNYA ialah ...


Aku tanggung dosa-dosanya si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalkan solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung 
semua dosa bakal anak-anak aku..jika gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku.”


 Begitu dahsyatnya hukuman yang diterima oleh si suami apabila si isteri melakukan dosa. Semoga si suami dapat melaksanakan tanggungjawab dalam mendidik isterinya agar menjadi isteri yang soleh juga agar rumah tangga yang dibina mendapat keredaan Allah S.W.T. Ingatlah isteri, syurgamu adalah di telapak kaki suamimu. :)