Thursday, 29 March 2012

PUNCA KERASNYA HATI




Ingat DUNIA, lupa AKHIRAT. 

Jika hati keterlaluan mencintai dunia melebihi akhirat, maka hati akan bergantung kepadanya. Sehingga lambat laun, keimanan menjadi lemah, dan akhirnya terasa berat untuk menjalankan ibadat. Disebabkan kesenangan sementara iaitu dunia, hati menjadi lalai ingat maut, maka jadilah orang tersebut angan-angan.



Lalai

Lalai merupakan penyakit yang berbahaya apabila telah menjalar di dalam hati. Ini akan menyebabkan anggota badan bertindak membantu tertutupnya pintu hidayah, sehingga hati akhirnya menjadi terkunci. 
"Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai" (surah An Nahl, ayat 108)



Salah pilih kawan

kawan yang buruk juga boleh mempengaruhi keras hatinya seseorang. Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak bergelumang dengan dosa banyak bergurau dan ketawa tanpa batasan, banyak mendengar muzik dan menghabiskan hari-harinya dengan filem, maka sangat memungkinkan akan terpengaruh oleh keadaan tersebut.



Terbiasa dengan kemaksiatan

Dosa merupakan penghalang seseorang untuk sampai kepada Allah. Ia merupakan penghalang perjalanan menuju kepadaNya serta menyebabkan seseorang tergelincir daripada jalan yang lurus. Kemaksiatan meskipun kecil, terkadang pendorong terjadinya pelbagai kemaksiatan lain yang lebih besar daripada yang pertama, sehingga semakin hari semakin bertambah tanpa disedari. Akhirnya hal itu boleh melemahkan hati memahami kebesaran dan keagungan Allah.


PESANAN LUQMAN AL-HAKIM



# 1  Apabila engkau sedang solat kepada Allah maka jagalah baik-baik fikiranmu.


# 2  Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka peliharalah pandanganmu.


# 3 Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, maka jagalah lidahmu.


# 4  Apabila engkau hadir dalam majlis jamuan, maka jagalah perangaimu.


# 5 Ingatlah kepada Allah.


# 6  Lupakan baik budimu kepada orang lain.


# 7  Lupakanan kesalahan orang lain terhadap dirimu.


# 8  Ingat kepada mati.

ALANGKAH INDAHNYA LELAKI HITAM YANG MENJAGA MASJID NABAWI ITU...



Setiap kali Rasulullah SAW pergi ke Masjid Nabawi, baginda akan terlihat seorang lelaki berkulit hitam yang tidak tampan sedang membersihkan kawasan masjid di samping menjaga masjid setiap masa.

Walaubagaimanapun, kehadiran lelaki tersebut tidak diambil peduli oleh mereka yang datang ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat. Para jemaah seolah-olah tidak menghiraukan tugas murni lelaki itu ditambah pula keadaannya yang daif.

Berlainan pula dengan Rasulullah yang sentiasa peka dengan apa yang dilakukan lelaki berkenaan. Hinggalah pada suatu ketika, oleh kerana sudah beberapa hari Rasulullah tidak melihat lelaki itu di perkarangan masjid, lalu baginda bertanya kepada para sahabat.

"Wahai sahabat, tahukah kamu ke mana perginya lelaki berkulit hitam yang selalu membersihkan 
kawasan masjid? Sudah beberapa hari aku  tidak melihatnya."

"Ya Rasulullah. Lelaki yang engkau maksudkan itu sebenarnya telah meninggal dunia beberapa hari
yang lalu." Jawab salah seorang sahabat.

Serta-merta wajah Rasulullah berubah. Baginda terkejut kerana tidak diberitahu mengenai kematian lelaki tersebut.

"Mengapa kamu tidak memberitahu kematian lelaki itu kepadaku?" Tanya Rasulullah kepada sahabat yang memberitahunya tadi.

"Sebenarnya kami tidak menyangka kehadirannya di masjid ini mendapat perhatian Rasulullah dan kami yakin Rasulullah tidak perasan kehadiran lelaki berkulit hitam itu," Jawab sahabat Rasulullah itu.

"Mungkin kerana kulitnya hitam, mukanya hodoh dan kerjanya hanya membersihkan kawasan masjid menyebabkan kamu semua tidak menghiraukan kehadirannya?" Balas baginda.







Para sahabat yang berada di situ diam semuanya. Mereka tidak menyangka Rasulullah begitu prihatin kepada mereka yang peranannya kecil tetapi sumbangannya amat besar.

Kemudian Rasulullah berkata lagi,

"Kalau begitu, kamu tunjukkan aku di manakah kuburnya. Aku ingin menziarahinya."

Lantas para sahabat membawa Rasulullah menziarahi kubur lelaki itu yang letaknya tidak jauh dari situ.
Sebaik-baik sahaja sampai di kubur lelaki tersebut, Rasulullah terus berdoa.

"Ya Allah, Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat dan keampunan terhadap semua ahli kubur termasuk
roh lelaki yang selama ini menjaga kebersihan Masjid Nabawi".

Selepas berdoa dan sebelum beredar dari tanah perkuburan itu, Rasulullah berpaling kepada para sahabat dan berkata,

 "Selama ini semua penghuni kubur di sini berada dalam kegelapan. Alhamdulillah, sekarang Allah telah memperkenankan doaku. Allah telah menerangkan semua kubur termasuklah lelaki berkulit hitam itu."

[ keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. ]





Wednesday, 28 March 2012

KENAPA NAK TINGGALKAN SOLAT ?



SOLAT ITU PENTING SANGAT KE?


Ya. Solat itu merupakan perkara yang sangat dititikberatkan dalam islam. Sesungguhnya islam menganggap orang yang tidak mahu bersolat itu sebagai melakukan suatu pelanggaran yang besar dalam agama.



KALAU TAK SOLAT MCM MANA?"

Orang yang meninggalkan solat lima waktu tidak akan diterima amalannya. Perkara ini telah disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud
" Amalan seorang hamba yang pertama sekali dihisab di akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik maka amalan yang lainnya juga dianggap sempurna. Namun, jika solatnya rosak maka amalannya yang lain juga dianggap rosak. "


MASUK NERAKA TAU KALAU TAK SOLAT

Tak percaya? Allah SWT berfirman, yang bermaksud:
  "Penduduk syurga bertanya kepada ahli neraka : Kenapa kamu masuk ke neraka Saqar? Mereka menjawab: Kerana kami tidak mengerjakan solat. " (Surah Al-Muddathir: 42-43)


BARANGSIAPA YANG MEMELIHARA SOLAT NESCAYA ALLAH MEMULIAKANNYA LIMA PERKARA

1. Allah menghilangkan baginya kesempitan hidup

 2. Allah menghilangkan baginya seksa kubur

3. Allah memberikan kepadanya buku catatan amal dengan tangan kanannya.

4. Ia akan meniti Titian Sirath seperti kilat pantasnya.

5. Ia akan masuk syurga tanpa hisab.


  LAGIPUN SOLAT ITU MENCEGAH KITA DARI KEMUNGKARAN


Firman Allah SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 45, "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar."



P/S : Semoga kita sentiasa berada di dalam golongan yang sentiasa melaksanakan solat dengan penuh kusyuk dan tawaduk kepada Allah SWT. AMIN :)