Assalamualaikum w.b.t, walaupun ianya sedikit panjang, tetapi, ambillah masa untuk membacanya. InsyaAllah ia sangat berguna untuk kita. Semoga dapat dijadikan iktibar untuk kita semua.
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun
10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah
baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku
dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah
dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang
yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan
ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap
orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar
orang lain tidak menyakiti kami lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya,
kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan
yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh
kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah
sembahyang lima kali
sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta
kekayaan
kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui
bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua
adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali
dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap
Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah
kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar
dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul
yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh
itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah
aku sampaikan
kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang
teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN
dan SUNNAHKU.
kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang
teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN
dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,
menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami
kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."
No comments:
Post a Comment